Loading...
Judul : Azizah Kekal Presiden PH, Jika Anwar Menang Presiden PKR !
link : Azizah Kekal Presiden PH, Jika Anwar Menang Presiden PKR !
Azizah Kekal Presiden PH, Jika Anwar Menang Presiden PKR !
KUALA LUMPUR: Jawatan Presiden Pakatan Harapan (PH) akan kekal disandang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, jika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti itu, akhir bulan ini.
Perkara itu disahkan Dr Wan Azizah ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau tidak akan terkesan jika tidak merebut jawatan Presiden PKR dan masih memiliki jawatan dalam PH serta kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri.
"Tak apa (kedudukan dalam PKR jika tidak bertanding jawatan Presiden).
"Tak ada apa-apa dengan kedudukan saya sebab kita merasakan bahawa dalam PH, memang jawatan saya tetap akan diteruskan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan serta jawatan yang bakal disandang dalam PKR sekiranya tidak merebut jawatan Presiden pada pemilihan parti itu.
Sebelum ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR memutuskan akan bertanding jawatan Presiden selepas berbincang dengan Dr Wan Azizah dan barisan pimpinan parti, serta mengambil kira pandangan akar umbi.
Ditanya mengenai status jawatan Ketua Umum dalam parti itu, Dr Wan Azizah berkata, perkara itu belum dibincangkan dan akan diumumkan kemudian.
Beliau turut mengesahkan masih belum ada usul daripada mana-mana cabang PKR untuk membincangkan sama ada jawatan Ketua Umum perlu dikekal atau dimansuhkan daripada struktur kepemimpinan parti.
"Belum lagi ada perbincangan. Kalau ada perbincangan, kita akan umumkan. Jawatan Ketua Umum itu memang tidak ada dalam struktur parti," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Azizah Kekal Presiden PH, Jika Anwar Menang Presiden PKR !
Sekianlah artikel Azizah Kekal Presiden PH, Jika Anwar Menang Presiden PKR ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azizah Kekal Presiden PH, Jika Anwar Menang Presiden PKR ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/azizah-kekal-presiden-ph-jika-anwar.html
0 Response to "Azizah Kekal Presiden PH, Jika Anwar Menang Presiden PKR !"
Catat Ulasan