Loading...
Judul : Baru 10 Minit, Sidang Dewan Rakyat Baharu Sudah Pun Kecoh
link : Baru 10 Minit, Sidang Dewan Rakyat Baharu Sudah Pun Kecoh
Baru 10 Minit, Sidang Dewan Rakyat Baharu Sudah Pun Kecoh
KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat kecoh ketika sesi pencalonan Speaker Dewan Rakyat yang baharu pada pagi ini disusuli dengan ahli parlimen pembangkang bertindak untuk keluar dewan.
Ia sebagai protes kepada perlantikan bekas hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini, menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Perlantikan beliau disahkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah kerana hanya satu nama yang diterima untuk perlantikan jawatan tersebut.
Ketika itu, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) bangun untuk menyatakan protes terhadap prosedur pencalonan dengan merujuk kepada 'Point of Order' namun proses perlantikan tetap diteruskan.
Tindakan itu mengundang kritikan daripada ahli pembangkang yang lain dari Pas dan UMNO.
Mereka kemudian bertindak untuk keluar Dewan.
Pencalonan Mohamad Ariff dicadangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (PPBM-Langkawi) dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Pandan).
Mohamad Ariff, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of Economics) dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undang-undang sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya.
Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada pengamalan undang-undang untuk menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang baru ditubuhkan ketika itu, sebagai pengarah pertama Jabatan Penyeliaan Pasaran. #sumber
Demikianlah Artikel Baru 10 Minit, Sidang Dewan Rakyat Baharu Sudah Pun Kecoh
Sekianlah artikel Baru 10 Minit, Sidang Dewan Rakyat Baharu Sudah Pun Kecoh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Baru 10 Minit, Sidang Dewan Rakyat Baharu Sudah Pun Kecoh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/baru-10-minit-sidang-dewan-rakyat.html
0 Response to "Baru 10 Minit, Sidang Dewan Rakyat Baharu Sudah Pun Kecoh"
Catat Ulasan