Loading...

Bayi Lelaki Umur Empat Bulan Maut Tersedak Susu Di Melaka !

Loading...
Bayi Lelaki Umur Empat Bulan Maut Tersedak Susu Di Melaka ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bayi Lelaki Umur Empat Bulan Maut Tersedak Susu Di Melaka !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bayi Lelaki Umur Empat Bulan Maut Tersedak Susu Di Melaka !
link : Bayi Lelaki Umur Empat Bulan Maut Tersedak Susu Di Melaka !

Baca juga


Bayi Lelaki Umur Empat Bulan Maut Tersedak Susu Di Melaka !


MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu semasa di bawah jagaan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bukit Baru di sini hari ini.

Mangsa, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan selepas dikejarkan ke Hospital Melaka di sini.


Ibu bayi itu, Roslina Ismail, 34, berkata, dia yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist Melaka dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak taska pada pukul 12 tengah hari dan bergegas ke lokasi.

"Pihak taska memberitahu Yusof Al-Baihakki tersedak susu dan membawa anak saya ke hospital.

"Doktor yang merawat kemudian mengesahkan bayi saya telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik di sini hari ini.

Roslina berkata, dia reda dengan kehilangan anak kedua itu yang dinanti-nantikan selama tujuh tahun selepas kelahiran anak sulungnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, soal siasat mendapati bayi tersebut diberikan susu pada pukul 8.50 pagi dan tidak memberi respon ketika dikejutkan kira-kira dua jam kemudian.

Katanya, laporan polis dibuat oleh pihak hospital pada pukul 2.30 petang dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Jenazah Yusof Al-Baihakki akan dibawa pulang ke Kota Bahru, Kelantan untuk dikebumikan selepas selesai dibedah siasat. #sumber


Demikianlah Artikel Bayi Lelaki Umur Empat Bulan Maut Tersedak Susu Di Melaka !

Sekianlah artikel Bayi Lelaki Umur Empat Bulan Maut Tersedak Susu Di Melaka ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bayi Lelaki Umur Empat Bulan Maut Tersedak Susu Di Melaka ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/bayi-lelaki-umur-empat-bulan-maut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bayi Lelaki Umur Empat Bulan Maut Tersedak Susu Di Melaka !"

Catat Ulasan

Loading...