Loading...
Judul : [BUKAN SOAL PARTI POLITIK] Islam DICABAR, tapi Muslim bela penentang?
link : [BUKAN SOAL PARTI POLITIK] Islam DICABAR, tapi Muslim bela penentang?
[BUKAN SOAL PARTI POLITIK] Islam DICABAR, tapi Muslim bela penentang?
KUALA LUMPUR: Sampai masanya umat Melayu Muslim daripada mana-mana parti pun untuk bangun dan bersama mempertahankan Islam yang kini sedang dicabar serta cuba dirombak.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik berkata, umat Islam khususnya di negara ini sedang berdepan dengan cabaran besar yang boleh merombak keteguhan akidah mereka.
"Yang tidur sila bangun. Yang lalai sila duduk sejenak memikir agama dan negara serta nasib bangsa. Yang tertipu selama ini, sila sedar kembali dan berbuat sesuatu membetulkan persepsi dan tanggapan terhadap Islam.
"Perlu diingat, jangan lagi bermain dengan kata-kata indah yang sebenarnya racun kepada agama ini. Semua perkara yang berkaitan dengan Islam sedang cuba dicantas dan dinyahkan.
"Institusi raja, institusi pendidikan agama, institusi pentadbiran Islam dan berbagai lagi sedang dicabar," ujarnya membangunkan motivasi.
Senarai beliau, kini terdapat usaha terancang termasuk dilihat memperalatkan orang Islam sendiri seperti gesaan untuk memansuhkan sekolah-sekolah tahfiz.
Begitu juga mutakhir ini nyatakan, sikap pihak tertentu memperlekeh dan mencabar institusi diraja yang menjadi penaung kepada agama Islam di negara ini.
Bahkan lagi katanya, suara-suara sumbang mahu mengiktiraf LGBT, mempertikai solat Jumaat dan meremehkan Bahasa Kebangsaan hingga mensasarkan negeri tertentu sebagai negeri Kristian.
"Masih adakah Melayu Islam yang bersekongkol atas nama kebebasan hak? Sedangkan dalam masa yang sama hak-hak Islam dan hak-hak kita sedang dikelar-kelar dan dihiris.
"Tidak terasa pedihkah hati kamu wahai saudara-saudaraku seagama? Saya menyeru semua insan yang bernama Muslim. Tidak kira apa bangsa anda dan apa parti anda, ayuh kita pertahankan agama ini," seru beliau yang juga Ketua Ulamak PAS Negeri Pahang. - HARAKAHDAILY 11/7/2018
Demikianlah Artikel [BUKAN SOAL PARTI POLITIK] Islam DICABAR, tapi Muslim bela penentang?
Sekianlah artikel [BUKAN SOAL PARTI POLITIK] Islam DICABAR, tapi Muslim bela penentang? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [BUKAN SOAL PARTI POLITIK] Islam DICABAR, tapi Muslim bela penentang? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/bukan-soal-parti-politik-islam-dicabar.html
0 Response to "[BUKAN SOAL PARTI POLITIK] Islam DICABAR, tapi Muslim bela penentang?"
Catat Ulasan