Loading...
Judul : Calon "Speaker" DUN Perak Dari PKR "Tarik Diri", Dakwa Di Tekan DAP !
link : Calon "Speaker" DUN Perak Dari PKR "Tarik Diri", Dakwa Di Tekan DAP !
Calon "Speaker" DUN Perak Dari PKR "Tarik Diri", Dakwa Di Tekan DAP !
Siti Aishah berkata pencalonannya dibuat atas “kefahaman” bahawa DAP “harus” memberi ruang kepada calon PKR memandangkan DAP memegang 5 jawatan exco kerajaan negeri.
Namun DAP mahukan jawatan itu dan terus melobi hingga ke hari terakhir, dengan alasan Siti Aisyah pada usia 33 “terlalu muda” untuk menjadi speaker dan “kurang mahir berbahasa Inggeris”.
“Perundingan berlaku hingga ke hari akhir semalam yang mana akhirnya saya membuat keputusan berat hati ini,” katanya.
Siti Aishah di Facebook pula mendakwa, pelbagai hujah dinyatakan kepada DAP namun parti itu berkeras dan memberi pelbagai alasan untuk menolaknya, ketua Srikandi PKR.
“Rombongan DAP yang diketuai (Adun Aulong) Nga Kor Ming mendesak dan memberi tekanan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital supaya bersetuju DAP diberi tempat dan memaksa saya menarik diri.
“Kemuncaknya di kediaman menteri besar semalam di pertemuan Menteri Besar (Ahmad Faizal Azumu) bersama para Adun yang dihadiri oleh Ngeh tanpa diundang,” katanya.
Siti Aishah mendakwa dia turut ditekan bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Amanah) supaya menarik diri dan menyokong Ngeh, 57.
Pelantikan Ngeh sebagai speaker DUN Perak disempurnakan hari ini. Nama Ahli Parlimen itu dicadangkan Adun Tebing Tinggi Abdul Aziz Bari (DAP), dan disokong Adun Pasir Panjang Yahaya Mat Nor (Amanah).
Ngeh terpilih dengan 31 undi, mengatasi 2 calon lain iaitu bekas timbalan speaker Datuk Nasaruddin Hashim yang dicalonkan Barisan Nasional (25 undi) dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Misbahul Munir Masduki (3 undi).
Media melaporkan Setiausaha DUN Kamarulariffin Ayub enggan mendedahkan “calon ke-4” daripada kerajaan walaupun diminta oleh Adun Pengkalan Baru Datuk Abdul Manaf Hashim. #sumber
Demikianlah Artikel Calon "Speaker" DUN Perak Dari PKR "Tarik Diri", Dakwa Di Tekan DAP !
Sekianlah artikel Calon "Speaker" DUN Perak Dari PKR "Tarik Diri", Dakwa Di Tekan DAP ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Calon "Speaker" DUN Perak Dari PKR "Tarik Diri", Dakwa Di Tekan DAP ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/calon-speaker-dun-perak-dari-pkr-tarik.html
0 Response to "Calon "Speaker" DUN Perak Dari PKR "Tarik Diri", Dakwa Di Tekan DAP !"
Catat Ulasan