Loading...

Dera: Kematian Di Sebabkan Pendarahan Bahagian Esofagus !

Loading...
Dera: Kematian Di Sebabkan Pendarahan Bahagian Esofagus ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dera: Kematian Di Sebabkan Pendarahan Bahagian Esofagus !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dera: Kematian Di Sebabkan Pendarahan Bahagian Esofagus !
link : Dera: Kematian Di Sebabkan Pendarahan Bahagian Esofagus !

Baca juga


Dera: Kematian Di Sebabkan Pendarahan Bahagian Esofagus !


KUANTAN: Punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dipercayai didera oleh ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak di sini, semalam adalah disebabkan oleh pendarahan di bahagian esofagus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, hasil bedah siasat pada pukul 10 pagi tadi mendapati keadaan itu berkemungkinan oleh faktor salur darah pecah atau berlaku ulser pada esofagus.



"Ini berkemungkinan oleh stress atau force trauma, selain terdapat banyak kesan parut lama dan luka baru di bahagian kepala dan seluruh anggota badan mangsa yang berkemungkinan adalah kerana didera," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya pemeriksaan fizikal mendapati terdapat banyak kesan lebam ditemui pada bahagian pergelangan kaki, belakang badan, bahagian pinggang, punggung, bahagian siku kiri, bahagian bawah ketiak kanan dan kesan melecur pada bahagian kemaluan mangsa.

"Mangsa yang merupakan pelajar tahun 4 dari Sekolah Chung Ching Tanah Putih merupakan anak pertama dari dua beradik lelaki. Yang kedua berumur lapan tahun," katanya.


Othman berkata bapa mangsa yang berumur 30 tahun bekerja sambilan sebagai penjual kereta terpakai selain menjadi pemandu Grab, manakala ibu mangsa mengambil upah menjaga tiga orang kanak-kanak di rumahnya.

Tambahnya, ibu dan bapa mangsa kini ditahan reman sehingga 16 Julai bermula semalam dan kes ini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarganya pada jam 3.40 petang tadi untuk dikebumikan. #sumber


Demikianlah Artikel Dera: Kematian Di Sebabkan Pendarahan Bahagian Esofagus !

Sekianlah artikel Dera: Kematian Di Sebabkan Pendarahan Bahagian Esofagus ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dera: Kematian Di Sebabkan Pendarahan Bahagian Esofagus ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/dera-kematian-di-sebabkan-pendarahan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dera: Kematian Di Sebabkan Pendarahan Bahagian Esofagus !"

Catat Ulasan

Loading...