Loading...
Judul : Fuziah: Pelantikan Richard Bukti Harapan Tiada Diskriminasi !
link : Fuziah: Pelantikan Richard Bukti Harapan Tiada Diskriminasi !
Fuziah: Pelantikan Richard Bukti Harapan Tiada Diskriminasi !
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pelantikan Tan Sri Richard Malanjum berdasarkan kelayakan dari segi merit dan perlembagaan serta pengalamannya dalam bidang kehakiman.
Fuziah turut menafikan pendapat bahawa kedudukan Islam dan Melayu akan terjejas dengan pelantikan Peguam Negara dalam kalangan bukan Muslim.
“Pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara, Liew Vui Keong sebagai menteri undang-undang dan Tommy Thomas sebagai peguam negara semuanya dipilih berdasarkan merit dan mereka paling layak.
"Tiada diskriminasi kaum. Kita harap rakyat berfikiran ke hadapan kerana ini Malaysia Baharu,” katanya dalam sidang media ketika ditemui pada Taman Perindustrian Malaysia China Kuantan (MCKIP) di sini, semalam.
Fuziah berkata, beliau sudah meneliti dua repot polis dan berpendapat perkara berkenaan berlaku kerana salah faham.
“Pergaduhan itu disebabkan salah faham. Dikatakan ada orang tempatan maut dan perkara ini disebarkan melalui Facebook. Perkara menimbulkan provokasi di antara masyarakat tempatan.
“Saya nasihatkan supaya kurangkan sikap salah faham antara satu sama lain terutaman membabitkan pekerja di sini. Saya harap perkara ini tidak berlaku lagi,”katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Fuziah: Pelantikan Richard Bukti Harapan Tiada Diskriminasi !
Sekianlah artikel Fuziah: Pelantikan Richard Bukti Harapan Tiada Diskriminasi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Fuziah: Pelantikan Richard Bukti Harapan Tiada Diskriminasi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/fuziah-pelantikan-richard-bukti-harapan.html




0 Response to "Fuziah: Pelantikan Richard Bukti Harapan Tiada Diskriminasi !"
Catat Ulasan