Loading...

Fuziah Salleh: Kerajaan Tidak Bercadang Memansuhkan JAKIM

Loading...
Fuziah Salleh: Kerajaan Tidak Bercadang Memansuhkan JAKIM - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fuziah Salleh: Kerajaan Tidak Bercadang Memansuhkan JAKIM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fuziah Salleh: Kerajaan Tidak Bercadang Memansuhkan JAKIM
link : Fuziah Salleh: Kerajaan Tidak Bercadang Memansuhkan JAKIM

Baca juga


Fuziah Salleh: Kerajaan Tidak Bercadang Memansuhkan JAKIM


KUANTAN - Kerajaan tidak bercadang memansuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebaliknya usaha masih di peringkat perbincangan untuk memperkasakan fungsi agensi itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Fuziah Salleh berkata, masih terdapat salah faham bahawa kerajaan memansuhkan jabatan itu selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu akan dikaji semula.


Katanya, kaji semula tidak bermakna dimansuhkan, usaha kini sedang dilakukan bagaimana memperkasakan kuasa Jakim terhadap beberapa organisasi berkaitan hal ehwal Islam.


“Setakat ini tidak ada usaha daripada JPM untuk memansuhkan Jakim dan itu merupakan salah faham masyarakat apabila Tun Mahathir kata akan lihat semula fungsinya.


“Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat sebagai salah tafsir memansuhkan Jakim. Tetapi apabila saya berada di sini, saya lihat visi kepada JPM bahawa lebih kepada memperkukuhkan jabatan ini, sistemnya dan kuasanya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturahim Pahang di Dewan Seri Mentiga, Perkampungan Sungai Isap 2, hari ini.


Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, beliau hairan bagaimana Jakim, sebuah jabatan induk tidak mempunyai kuasa ke atas Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan Jabatan Kehakiman Syariah.


“Kalau Jakim itu dilihat sebagai sekretariat, ia mesti berada di atas, bukan di bawah atau bukan sama taraf tetapi tidak mempunyai kuasa.

“Jadi, dalam kajian semula ini kita mahu Jakim berfungsi lebih kepada memberi kuasa kepada hakim, bukan untuk mansuh. Ia untuk memartabatkan dan memperkasa jabatan ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, perkara itu belum dimuktamadkan lagi dan masih di peringkat perbincangan kerana ia turut melibatkan kuasa raja.

“Kita akan sembahkan mengikut acuan kita dan kita perlukan sedikit masa untuk kuatkan struktur yang benar-benar boleh memperkasakan Jakim dan hal ehwal Islam,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Fuziah Salleh: Kerajaan Tidak Bercadang Memansuhkan JAKIM

Sekianlah artikel Fuziah Salleh: Kerajaan Tidak Bercadang Memansuhkan JAKIM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fuziah Salleh: Kerajaan Tidak Bercadang Memansuhkan JAKIM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/fuziah-salleh-kerajaan-tidak-bercadang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Fuziah Salleh: Kerajaan Tidak Bercadang Memansuhkan JAKIM"

Catat Ulasan

Loading...