Loading...
Judul : Hanya Khairy, Anifah Aman Tinggal Ketika Pembangkang Keluar
link : Hanya Khairy, Anifah Aman Tinggal Ketika Pembangkang Keluar
Hanya Khairy, Anifah Aman Tinggal Ketika Pembangkang Keluar
KUALA LUMPUR: Hanya Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Anifah Aman menjadi dua ahli parlimen pembangkang yang kekal di dalam Dewan Rakyat apabila kesemua ahli parlimen pembangkang lain keluar sebagai tanda protes.
Ahli Parlimen BN dan Pas keluar Dewan Rakyat sebagai tanda boikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohd Ariff Md Yusof.
Protes ini tercetus kerana pelantikan bekas hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ketegangan bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat,Datuk Roosme Hamzah bangun mengumumkan pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, tiba-tiba ahli Parlimen BN dan Pas memintas menyatakan lantikan itu tidak sah.
Roosme memaklumkan hanya satu nama yang diterima untuk pelantikan jawatan tersebut.
Ketegangan bermula apabila Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) bangun untuk menyatakan protes terhadap prosedur pencalonan dengan merujuk kepada 'Point of Order' namun proses pelantikan diteruskan.
Tindakan itu mengundang kritikan daripada Ahli Pembangkang yang lain dari Pas dan BN.
Mereka kemudian bertindak untuk keluar Dewan. #PDO
Demikianlah Artikel Hanya Khairy, Anifah Aman Tinggal Ketika Pembangkang Keluar
Sekianlah artikel Hanya Khairy, Anifah Aman Tinggal Ketika Pembangkang Keluar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hanya Khairy, Anifah Aman Tinggal Ketika Pembangkang Keluar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/hanya-khairy-anifah-aman-tinggal-ketika.html

0 Response to "Hanya Khairy, Anifah Aman Tinggal Ketika Pembangkang Keluar"
Catat Ulasan