Loading...

Hutang Kerajaan Pahang RM3b, Di Warisi Oleh Pemimpin Terdahulu !

Loading...
Hutang Kerajaan Pahang RM3b, Di Warisi Oleh Pemimpin Terdahulu ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hutang Kerajaan Pahang RM3b, Di Warisi Oleh Pemimpin Terdahulu !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hutang Kerajaan Pahang RM3b, Di Warisi Oleh Pemimpin Terdahulu !
link : Hutang Kerajaan Pahang RM3b, Di Warisi Oleh Pemimpin Terdahulu !

Baca juga


Hutang Kerajaan Pahang RM3b, Di Warisi Oleh Pemimpin Terdahulu !


KUANTAN: Kedudukan hutang kerajaan negeri yang tinggi bukan disebabkan kelemahan atau ketidakcekapan sebaliknya diwarisi daripada pemimpin terdahulu.

Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau kecewa dan kesal kerana masih ada yang tidak faham sebaliknya isu hutang kerajaan negeri dianggarkan  RM3 billion itu sering dikaitkan dengan ketidakcekapan pentadbiran beliau.

Menurutnya,  hutang yang ditanggung kerajaan negeri itu antaranya disumbang daripada pinjaman  kerajaan pusat untuk projek rakyat termasuk projek bekalan air dan pembinaan rumah kos rendah.

Katanya,  beban itu terpaksa ditanggung kerana ramai pembeli projek rumah kos rendah tidak membayar hutang  dan bagi bekalan air ia agak tinggi memandangkan panjang keseluruhan paip bekalan air di Pahang ini mencecah 14,000 kilometer.

“Lebih membebankan apabila kerajaan negeri diberi tanggungjawab mengambil alih pengurusan operasi rumah pam di 82 kawasan Felda di negeri ini.

“Contoh dalam isu bekalan air misalnya, kerajaan memberi subsidi RM0.50 bagi setiap RM1 yang dibayar pengguna. Kalau kadar itu dinaikkan 100 peratus pun tetap rugi. Kalau fikir pasal untuk, kita kena naikkan sehingga 300 peratus.

“Jadi kalau bil pengguna sekarang RM30, mereka kena bayar RM120 jika kadar itu dinaikkan tapi kita tidak boleh fikir pasal untung sahaja yang penting  perlu mengutamakan kepentingan rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ishak Mohamad pada Majlis Perlantikkan dan Angkat Sumpah Yang di pertua, Timbalan Yang Dipertua  Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Adun Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Adnan berkata, lebih membebankan apabila beliau dimaklumkan kos penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) dan ada hutang RM40 juta disebabkan  bencana alam (banjir) juga terpaksa ditanggung kerajaan negeri.

“KIta pernah bincang dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau ketika itu setuju  melupuskan 60 peratus  hutang tersebut  tapi tak sempat apabila beliau dipecat daripada Kabinet dan sekarang dilantik dalam Kabinet baharu,”katanya.

Beliau berkata, justeri Adun terutama pembangkang perlu faham dan tidak menuduh situasi itu disebabkan ketidakcekapan kerajaan atau hutang berjoli kerana bukan mudah menguruskan beban hutang apabila  hasil kurang.

Sementara itu, Ishak dalam ucapannya menghargai dan berterima kasih  kepada Adnan atas  sumbangan beliau selama 32 tahun menjadi Adun dan 19 tahun sebagai menteri besar.

Katanya, sumbangan Adun Pelangai itu cukup besar  dan membolehkan Pahang bergerak maju dengan pelbagai pembangunan untuk rakyat. #sumber



Demikianlah Artikel Hutang Kerajaan Pahang RM3b, Di Warisi Oleh Pemimpin Terdahulu !

Sekianlah artikel Hutang Kerajaan Pahang RM3b, Di Warisi Oleh Pemimpin Terdahulu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hutang Kerajaan Pahang RM3b, Di Warisi Oleh Pemimpin Terdahulu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/hutang-kerajaan-pahang-rm3b-di-warisi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hutang Kerajaan Pahang RM3b, Di Warisi Oleh Pemimpin Terdahulu !"

Catat Ulasan

Loading...