Loading...

Jabatan Hutan Patah Aktiviti Lombong Bijih Besi Tanpa Lesen !

Loading...
Jabatan Hutan Patah Aktiviti Lombong Bijih Besi Tanpa Lesen ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Hutan Patah Aktiviti Lombong Bijih Besi Tanpa Lesen !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Hutan Patah Aktiviti Lombong Bijih Besi Tanpa Lesen !
link : Jabatan Hutan Patah Aktiviti Lombong Bijih Besi Tanpa Lesen !

Baca juga


Jabatan Hutan Patah Aktiviti Lombong Bijih Besi Tanpa Lesen !


MUADZAM SHAH - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berjaya mematahkan kegiatan melombong bijih besi tanpa lesen di Hutan Simpan Ibam di sini hasil Ops Ibam 2 yang digerakkan selama tiga hari berakhir Khamis lalu.

Hasil operasi itu, 11 lelaki berusia antara  24 hingga 57 tahun yang disyaki  terbabit dengan aktiviti itu ditahan manakala empat jentera, empat kenderaan pacuan empat roda dan  17 unit kontena yang dijadikan pejabat serta stor di sita.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, operasi bersepadu yang disertai 140 penguat kuasa termasuk daripada bahagian penguatkuasa jabatan dan lapan agensi penguatkuasa lain menggunakan 24 kenderaan pacuan empat roda.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas aktiviti perlombongan dalam kawasan hutan simpan Ibam seluas kira-kira 30,951 hektar itu, pihaknya  mengesan empat kesalahan iaitu memasuki hutan simpan tanpa permit, membersih hutan simpan tanpa kebenaran dan tidak memperbaharui pajakan lombong.

"Operasi bersepadu yang turut disertai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Jabatan Mineral dan Geosains serta Pejabat Daerah dan Tanah Rompin berjaya dan mencapai matlamatnya.

"Selain mengeratkan hubungan agensi penguatkuasa, operasi ini juga  bertujuan menguatkuasakan akta digunakan setiap agensi terbabit serta mengekang berlakunya ketirisan hasil kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Operasi Bersepadu Kawasan Lesen Mencarigali dan Pajakan Lombong (Ops Ibam 2).

Majlis  disempurnakan Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di di Hutan Simpan Ibam, di sini, kelmarin.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Operasi) JPNP Datuk Mohd Basri Abdul Manaf.

Mohd Hizamri berkata, individu yang ditahan akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 manakala  empat jentera iaitu jengkaut dan jentolak yang digunakan untuk kegiatan melombong kini ditempat dipusat penyimpanan barangan rampasan di Ladang Kemasul Mentakab.

Katanya, kes tidak memperbaharui pajakan lombong yang dikesan dalam operasi itu diserahkan kepada  PTG Pahang untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kejayaan itu hasil kerjasama agensi penguat kuasa di negeri termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianggap penting dalam memastikan aktiviti perlombongan secara haram tidak terus berlaku.

Katanya,  kepakaran Unit Forensik Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) turut digunakan pada operasi kali ini bagi mendapatkan bukti yang lebih tepat untuk tujuan pendakwaan.  

“Operasi lombong di kawasan ini sudah diperiksa Mei lalu dan  dua lelaki berumur 45 dan 51 tahun disyaki  menjadi dalang kegiatan melombong emas berjaya ditahan bersama  57.3 kilogram amang emas.

"Saya mengarahkan pegawai bahagian penguatkuasa supaya 11 individu yang ditahan pada ops kali ini dihadapkan ke mahkamah secepat mungkin sebagai bukti ketegasan JPNP membendung kegiatan perlombongan haram di negeri ini.

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba meraih hasil bumi negeri ini secara tidak sah, pendapatan diraih perlu dikongsi dengan kerajaan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Jabatan Hutan Patah Aktiviti Lombong Bijih Besi Tanpa Lesen !

Sekianlah artikel Jabatan Hutan Patah Aktiviti Lombong Bijih Besi Tanpa Lesen ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Hutan Patah Aktiviti Lombong Bijih Besi Tanpa Lesen ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/jabatan-hutan-patah-aktiviti-lombong.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jabatan Hutan Patah Aktiviti Lombong Bijih Besi Tanpa Lesen !"

Catat Ulasan

Loading...