Loading...
Judul : Jabatan Perikanan Labuhkan 19 Tukun Tiruan, Bantu Nelayan !
link : Jabatan Perikanan Labuhkan 19 Tukun Tiruan, Bantu Nelayan !
Jabatan Perikanan Labuhkan 19 Tukun Tiruan, Bantu Nelayan !
KUANTAN: Jabatan Perikanan negeri melabuhkan 19 unit tukun tiruan konkrit jenis kuboid bernilai RM297,600 dengan setiap satu seberat 15 tan di perairan Sungai Ular, dekat sini bagi membantu meningkatkan hasil tangkapan nelayan.
Pengarahnya, Azahari Othman berkata, tukun tiruan itu berfungsi sebagai tempat pembiakan pelbagai jenis ikan seperti kerapu, kerisi, merah, selar kuning dan kembung selain udang serta sotong.
“Kajian mendapati pelbagai jenis ikan, tumbuhan karang dan hidupan marin lain akan menjadikan tukun berkenaan sebagai habitat baharu selepas enam bulan dilabuhkan di kawasan tersebut,” katanya selepas operasi melabuhkan tukun tiruan di perairan Sungai Ular baru-baru ini.
Menurut Azahari, jarak tukun tiruan dengan pantai di kawasan tersebut ialah kira-kira 10 kilometer dan kedalaman laut lebih 15 meter manakala setiap tukun berada selang empat meter antara satu sama lain.
Selain dijadikan tempat pembiakan pelbagai jenis ikan, katanya, tukun tiruan konkrit jenis kuboid berfungsi sebagai penghalang aktiviti nelayan pukat tunda yang sebelum ini banyak dilaporkan di perairan negeri ini.
“Pukat tunda yang tersangkut pada tukun berbentuk empat segi itu akan pecah manakala tali penarik turut putus. Saya yakin selepas ini aktiviti pukat tunda membabitkan nelayan asing di perairan daerah ini dapat dikekang,” katanya.
Beliau berharap tukun tiruan yang dilabuhkan di perairan Sungai Ular dapat menambah pendapatan nelayan tempatan dan industri pelancongan bertambah rancak apabila ramai pemancing berkunjung ke situ.
Sejak 2006, katanya, jabatan itu membelanjakan kira-kira RM3 juta bagi menyediakan tukun tiruan jenis kiub, tetrapod, kiub juvenil dan kuboid di negeri ini membabitkan 207 unit di 12 lokasi di daerah ini, Pekan serta Rompin.
“Tahun lalu, jabatan melabuhkan 23 unit tukun tiruan konkrit jenis kuboid bernilai RM278,600 dengan setiap satu seberat lima tan di perairan Chempaka, Cherok Paloh dan Pantai Sepat.
“Jabatan akan terus berusaha menyediakan lebih banyak tukun tiruan di perairan negeri ini bertujuan menambah taburan ikan selain menghalang aktiviti pukat tunda nelayan asing,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Jabatan Perikanan Labuhkan 19 Tukun Tiruan, Bantu Nelayan !
Sekianlah artikel Jabatan Perikanan Labuhkan 19 Tukun Tiruan, Bantu Nelayan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jabatan Perikanan Labuhkan 19 Tukun Tiruan, Bantu Nelayan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/jabatan-perikanan-labuhkan-19-tukun.html
0 Response to "Jabatan Perikanan Labuhkan 19 Tukun Tiruan, Bantu Nelayan !"
Catat Ulasan