Loading...
Judul : Kalau Pengguna Tak Beli Barang, Tak Perlu Bayar Cukai SST – Mahathir
link : Kalau Pengguna Tak Beli Barang, Tak Perlu Bayar Cukai SST – Mahathir
Kalau Pengguna Tak Beli Barang, Tak Perlu Bayar Cukai SST – Mahathir
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan untuk memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Menurut beliau, kadar cukai jualan sebanyak 10 peratus hanya akan dikenakan sekiranya pengguna membuat pembelian.
Katanya, ia berbeza dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
“Kita dah umumkan kadar sifar terhadap GST. Sekarang kita nak pastikan Parlimen mansuhkan GST.
“Setahu saya 10 peratus, kalau tiada pembelian, tidak perlu menjelaskan cukai. Berbanding GST, ia cukai nilai tambah. Sama ada beli atau tidak, harga akan meningkat,” katanya kepada media di bangunan Parlimen hari ini.
Menurutnya, kerajaan juga perlu menguji dahulu pelaksanaan SST.
Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, di bawah Akta SST yang bakal dilaksanakan pada 1 September depan, cukai jualan dicadangkan adalah 10 peratus.
Manakala untuk cukai perkhidmatan pula, dicadangkan sebanyak 6 peratus.
Guan Eng berkata, Akta SST itu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan sebelum diluluskan dan seterusnya dilaksanakan. – Sinar
Tun Dr Mahathir ketika menjawab beberapa soalan wartawan termasuk mengenai pemansuhan GST dan pengenalan cukai SST (GST & SST bermula minit 01.36 – 02.43)
Sumber : Friscomedia
Demikianlah Artikel Kalau Pengguna Tak Beli Barang, Tak Perlu Bayar Cukai SST – Mahathir
Sekianlah artikel Kalau Pengguna Tak Beli Barang, Tak Perlu Bayar Cukai SST – Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kalau Pengguna Tak Beli Barang, Tak Perlu Bayar Cukai SST – Mahathir dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/kalau-pengguna-tak-beli-barang-tak.html
0 Response to "Kalau Pengguna Tak Beli Barang, Tak Perlu Bayar Cukai SST – Mahathir"
Catat Ulasan