Loading...

Kementerian Akan Campur Tangan Untuk Bantu Pelajar Tahfiz !

Loading...
Kementerian Akan Campur Tangan Untuk Bantu Pelajar Tahfiz ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kementerian Akan Campur Tangan Untuk Bantu Pelajar Tahfiz !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kementerian Akan Campur Tangan Untuk Bantu Pelajar Tahfiz !
link : Kementerian Akan Campur Tangan Untuk Bantu Pelajar Tahfiz !

Baca juga


Kementerian Akan Campur Tangan Untuk Bantu Pelajar Tahfiz !


SUBANG JAYA: Kementerian Pendidikan akan melakukan beberapa intervensi untuk membantu sekolah tahfiz bagi memastikan pelajar tahfiz mampu berdaya saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerja yang semakin mencabar.

“Biasanya, isu yang berbangkit di sekolah tahfiz adalah mengenai kualiti pengajaran dan pendidikan. Jadi, kita ingin memastikan supaya sekolah tahfiz tidak menggadaikan kualiti pendidikan untuk anak-anak kerana mereka inilah masa depan negara,” kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik kepada Bernama.

Ditemui selepas merasmikan Konvesyen Pendidikan Kebangsaan ke-24 dan Persidangan Agung Perwakilan ke-36 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia hari ini, beliau berkata langkah itu bagi memastikan semua pelajar tahfiz mempunyai keseimbangan antara ilmu ukhrawi dan duniawi.

“Kita tidak mahu apa yang diajarkan di sekolah tahfiz itu akan melahirkan pelajar-pelajar yang tidak mengenal ilmu duniawi. Ia kena ada keseimbangan di antara ilmu akhirat (ukhrawi) dan duniawi yang diperlukan terutamanya dari segi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mencadangkan penutupan sekolah tahfiz yang disifatkan terlalu radikal, Maszlee berpendapat semua ibu bapa mempunyai hak untuk memilih pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

“Itu tidak menepati dengan aspirasi saya yang percaya kepada kebebasan ibu bapa untuk memilih pendidikan yang terbaik buat anak-anak mereka,” katanya.

Sementara itu, Maszlee juga menggesa agar setiap sekolah rendah menyediakan sudut pidato atau sudut berbicara (speakers’ corner) sebagai medium kepada murid mengasah bakat dalam bidang pengucapan awam.

“Setiap hari, hendaklah ada dalam kalangan anak-anak murid yang dilatih untuk menyampaikan pidato atau pengucapan awam. Kita dapati di kebanyakan negara-negara maju, mereka mempunyai sudut-sudut yang sedemikian di sekolah-sekolah.

“Ia akan membantu melahirkan anak-anak murid yang bukan sahaja mempunyai kemahiran untuk berbicara di khalayak ramai tetapi juga berkeyakinan tinggi,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Kementerian Akan Campur Tangan Untuk Bantu Pelajar Tahfiz !

Sekianlah artikel Kementerian Akan Campur Tangan Untuk Bantu Pelajar Tahfiz ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kementerian Akan Campur Tangan Untuk Bantu Pelajar Tahfiz ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/kementerian-akan-campur-tangan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kementerian Akan Campur Tangan Untuk Bantu Pelajar Tahfiz !"

Catat Ulasan

Loading...