Loading...

Kes Lynas: Wong Tuck Dan 14 Yang Lain Di Dapati Bersalah !

Loading...
Kes Lynas: Wong Tuck Dan 14 Yang Lain Di Dapati Bersalah ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Lynas: Wong Tuck Dan 14 Yang Lain Di Dapati Bersalah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Lynas: Wong Tuck Dan 14 Yang Lain Di Dapati Bersalah !
link : Kes Lynas: Wong Tuck Dan 14 Yang Lain Di Dapati Bersalah !

Baca juga


Kes Lynas: Wong Tuck Dan 14 Yang Lain Di Dapati Bersalah !


KUANTAN - Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan 14 yang lain, masing-masing didenda RM1,500 dan RM1,600 oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan, hari ini selepas didapati bersalah menyertai perhimpunan haram bagi membantah pembinaan kilang Lynas Corporation Sdn Bhd (Lynas) di Kuantan pada tahun 2014.

Hakim Datuk Unaizah Mohd membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan semua tertuduh yang diberikan secara bersumpah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan dihadapi mereka.

Beliau memutuskan Wong, 59, yang ketika kejadian ialah pengerusi Kumpulan Hijau dan sembilan yang lain didenda RM1,500 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Lima lagi tertuduh iaitu didenda RM1,600 atas kesalahan merempuh polis yang mahu menyuraikan perhimpunan itu, atau penjara 40 hari jika gagal menjelaskan denda itu.

Sementara seorang lagi tertuduh seorang penoreh getah yang berhadapan tuduhan mencakar dan menyepak anggota polis didenda RM1,000 dan penjara 20 hari jika gagal membayar denda itu. Semua tertuduh menjelaskan denda itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 petang hingga 5.30 petang di Jalan Bandaran, Gebeng di Kuantan pada 22 Jun 2014, mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan dan Seksyen 147 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Seramai 23 saksi pihak pendakwaan dan 19 saksi pihak pembelaan termasuk seorang pakar kejuruteraan kimia dan pakar kesihatan awam memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Peguam Mohd Haijan Omar yang mewakili semua tertuduh memohon mahkamah memberi bon berkelakuan baik atau denda minimum dengan mengambil kira semua anak guamnya adalah pesalah pertama dan memberi kerjasama penuh sepanjang kes berjalan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kejadian menyebabkan kesukaran kepada polis termasuk ada anggota cedera.

“Mereka tiada kebenaran untuk berhimpun tapi polis masih beri peluang dan keadaan huru-hara tercetus apabila tertuduh enggan mematuhi arahan bersurai walaupun diberikan masa 10 minit untuk berbuat demikian,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Kes Lynas: Wong Tuck Dan 14 Yang Lain Di Dapati Bersalah !

Sekianlah artikel Kes Lynas: Wong Tuck Dan 14 Yang Lain Di Dapati Bersalah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Lynas: Wong Tuck Dan 14 Yang Lain Di Dapati Bersalah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/kes-lynas-wong-tuck-dan-14-yang-lain-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kes Lynas: Wong Tuck Dan 14 Yang Lain Di Dapati Bersalah !"

Catat Ulasan

Loading...