Loading...
Judul : Kes Najib: Kerana Provokasi, Polis Beri "Amaran" Kepada Tun Faisal !
link : Kes Najib: Kerana Provokasi, Polis Beri "Amaran" Kepada Tun Faisal !
Kes Najib: Kerana Provokasi, Polis Beri "Amaran" Kepada Tun Faisal !
KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Tun Faisal Ismail Aziz agar tidak membuat sebarang provokasi di kawasan sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini ketika proses perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berlangsung, atau berdepan dengan tindakan undang-undang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata setakat ini tiada penahanan yang dibuat terhadap Tun Faisal.
"Kami boleh tahan beliau (Tun Faisal) jika beliau mengulangi perbuatan sedemikian (provokasi) tetapi polis memberi amaran terlebih dahulu."
"Seperti yang kita tahu bahawa kawasan mahkamah adalah kawasan larangan dan setiap orang awam yang memasuki kawasan ini perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan mahkamah," katanya ketika ditemui Bernama di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.
Hari ini, Tun Faisal melakukan provokasi dengan melaungkan 'Bebaskan Najib' ketika bekas perdana menteri itu tiba di kompleks mahkamah.
Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam mengesahkan Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang. #sumber
Demikianlah Artikel Kes Najib: Kerana Provokasi, Polis Beri "Amaran" Kepada Tun Faisal !
Sekianlah artikel Kes Najib: Kerana Provokasi, Polis Beri "Amaran" Kepada Tun Faisal ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kes Najib: Kerana Provokasi, Polis Beri "Amaran" Kepada Tun Faisal ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/kes-najib-kerana-provokasi-polis-beri.html

0 Response to "Kes Najib: Kerana Provokasi, Polis Beri "Amaran" Kepada Tun Faisal !"
Catat Ulasan