Loading...

Ketua Balai Bomba Tak Mengaku Salah Guna Kuasa Di Pekan !

Loading...
Ketua Balai Bomba Tak Mengaku Salah Guna Kuasa Di Pekan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Balai Bomba Tak Mengaku Salah Guna Kuasa Di Pekan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Balai Bomba Tak Mengaku Salah Guna Kuasa Di Pekan !
link : Ketua Balai Bomba Tak Mengaku Salah Guna Kuasa Di Pekan !

Baca juga


Ketua Balai Bomba Tak Mengaku Salah Guna Kuasa Di Pekan !


KUANTAN: Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, dekat Pekan mengaku tak bersalah di di Mahkamah Sesyen Kuantan atas 10 pertuduhan membabitkan salah guna kuasa antara Mac 2014 hingga Ogos 2015.

Tertuduh, Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan terbabit dengan memberikan kontrak pembekalan makanan untuk syarikat milik isterinya antara tarikh berkenaan.

Dia yang kini berpangkat Penolong Kanan Penguasa dikatakan mencadangkan nama syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise bagi membekalkan makanan untuk program membina semula rumah terbakar ‘My Beautiful Neighborhood’ anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2014 dan operasi pemadaman kebakaran antara Mac hingga April 2014 dan Ogos 2015.

Selain itu, dia turut didakwa menggunakan kedudukannya bagi mencadangkan syarikat sama untuk program latihan menyelamat bagi persediaan menghadapi banjir pada September 2014 dan majlis penyerahan kunci rumah projek pembinaan semula rumah terbakar pada Disember 2014.

Pertuduhan membabitkan nilai RM36,272.69. Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Suruhanjaya Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Fadly Mohd Zaki, manakala tertuduh diwakili Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Mohd Ghazali memerintahkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos ini bagi tarikh sebutan semula dan pengurusan kes.  #sumber


Demikianlah Artikel Ketua Balai Bomba Tak Mengaku Salah Guna Kuasa Di Pekan !

Sekianlah artikel Ketua Balai Bomba Tak Mengaku Salah Guna Kuasa Di Pekan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Balai Bomba Tak Mengaku Salah Guna Kuasa Di Pekan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/ketua-balai-bomba-tak-mengaku-salah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ketua Balai Bomba Tak Mengaku Salah Guna Kuasa Di Pekan !"

Catat Ulasan

Loading...