Loading...
Judul : Lynas Corporation Ltd Alu-Alukan Siasatan Oleh Jawatankuasa Khas
link : Lynas Corporation Ltd Alu-Alukan Siasatan Oleh Jawatankuasa Khas
Lynas Corporation Ltd Alu-Alukan Siasatan Oleh Jawatankuasa Khas
KUANTAN: Lynas Corporation Ltd. (Lynas) sedia bekerjasama dengan sebarang jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat dan melakukan kajian terhadap operasi kilang mereka di kawasan Perindustrian Gebeng di sini termasuk isu melibatkan pencemaran alam sekitar.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Amanda Lacaze berkata ini kerana pihaknya telah beroperasi di negara ini secara telus dan mengikut peraturan ditetapkan.
"Kami akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk jawatankuasa khas yang dilantik. Ini kerana kita telah mematuhi semua syarat lesen untuk beroperasi dan kajian serta siasatan yang dilakukan kerana ia akan mengesahkan kilang ini sentiasa beroperasi dengan selamat bukan sahaja kepada masyarakat, pekerja tetapi juga alam sekitar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Lynas di sini hari ini.
Amanda berkata pihaknya setakat ini berbangga dengan prestasi yang dicapai oleh kilang itu sejak beroperasi 10 tahun lalu. #sumber
Demikianlah Artikel Lynas Corporation Ltd Alu-Alukan Siasatan Oleh Jawatankuasa Khas
Sekianlah artikel Lynas Corporation Ltd Alu-Alukan Siasatan Oleh Jawatankuasa Khas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lynas Corporation Ltd Alu-Alukan Siasatan Oleh Jawatankuasa Khas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/lynas-corporation-ltd-alu-alukan.html
0 Response to "Lynas Corporation Ltd Alu-Alukan Siasatan Oleh Jawatankuasa Khas"
Catat Ulasan