Loading...
Judul : Mahkamah Batal Jamin Dua Pertuduhan Jamal Ceroboh Premis
link : Mahkamah Batal Jamin Dua Pertuduhan Jamal Ceroboh Premis
Mahkamah Batal Jamin Dua Pertuduhan Jamal Ceroboh Premis
AMPANG - Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi menarik semula jaminan terhadap dua pertuduhan yang didakwa terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos atas kesalahan menceroboh dua premis perjudian dua tahun lalu.
Dua Majistret iaitu Haslinda A. Raof dan Muhamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan iaitu dua Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd. Razak dan Nurhashimah Hashim untuk menarik balik jaminan yang masing-masing RM3,000 dengan seorang penjamin.
Permohonan itu dibuat berikutan pihak pendakwaan khuatir Jamal melarikan diri lagi.
Mengikut pertuduhan di hadapan Majistret Haslinda, Jamal bersama lima lagi lelaki yang telah dituduh dan empat lagi yang masih bebas didapati melakukan pencerobohan di premis hiburan keluarga Happy Toys, di Taman Kosas di sini.
Sementara di hadapan Majistret Muhamad Firdaus, tertuduh didakwa bersama seorang yang telah dituduh dan seorang yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan sama di Kedai Starcom Trading and Services, di taman yang sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 3.30 hingga 3.40 petang pada 29 Disember 2016 yang didakwa mengikut Seksyen 448, Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Semasa dituduh, kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di Hospital KPJ Ampang Puteri di sini.
Berikutan itu, mahkamah membatalkan jaminan terhadap Jamal dan menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi kedua-dua pertuduhan itu. #sumber
Demikianlah Artikel Mahkamah Batal Jamin Dua Pertuduhan Jamal Ceroboh Premis
Sekianlah artikel Mahkamah Batal Jamin Dua Pertuduhan Jamal Ceroboh Premis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Batal Jamin Dua Pertuduhan Jamal Ceroboh Premis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/mahkamah-batal-jamin-dua-pertuduhan.html
0 Response to "Mahkamah Batal Jamin Dua Pertuduhan Jamal Ceroboh Premis"
Catat Ulasan