Loading...

Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar September Ini !

Loading...
Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar September Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar September Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar September Ini !
link : Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar September Ini !

Baca juga


Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar September Ini !

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 14 September untuk mendengar rayuan Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri untuk mengembalikan samannya terhadap kerajaan berhubung sabitannya bagi meliwat.
Timbalan Pendaftar Haslina Basarudin menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan bagi pengurusan kes di hadapannya hari ini.
Peguam J Leela yang mewakili Anwar dan peguam kanan persekutuan Mazlifah Ayob bagi pihak kerajaan, turut hadir pada prosiding pengurusan kes itu.
Pada 8 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman itu selepas membenarkan permohonan kerajaan.
Anwar memfailkan saman pemula pada 9 Jun, 2017, mendakwa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil dalam rayuan terhadap sabitannya bagi meliwat.
Anwar memohon pengisytiharan sabitannya yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 adalah ultra vires terhadap Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu adalah batal dan tidak sah.
Beliau juga memohon satu perintah keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan adalah ultra vires dan dengan itu adalah batal dan tidak sah.
Dalam afidavitnya, Anwar mendakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan berhubung sabitannya bagi meliwat.
Kerajaan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Anwar atas alasan ia remeh-temeh dan tidak sebab untuk tindakan dan menyalahgunakan proses mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi memutuskan kes Anwar itu adalah tidak berasas dan tanpa sebarang keterangan sokongan.
Anwar disabitkan dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. Anwar, bagaimanapun diberikan pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei tahun ini. #sumber


Demikianlah Artikel Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar September Ini !

Sekianlah artikel Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar September Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar September Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/mahkamah-dengar-rayuan-kes-liwat-anwar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar September Ini !"

Catat Ulasan

Loading...