Mayat bayi berkenaan ditemui berbalut dengan kain batik berwarna biru pada pukul 8.30 pagi oleh seorang kanak-kanak lelaki, Adam Mikael Mohd. Abdillah, 9, yang sedang bermain di kawasan wakaf tersebut.
Pengerusi Surau Ikhwan Muslimin yang ingin dikenali sebagai Roslan, 61, berkata, dia mengetahui mengenai penemuan bayi berkenaan selepas dimaklumkan oleh seorang penduduk di kawasan berkenaan.
“Saya percaya bayi berkenaan baru sahaja dilahirkan kerana kepalanya masih basah dengan kesan darah dan berlendir. Selain itu, tali pusatnya juga telah dipotong dengan sempurna.
“Seorang penduduk kemudian telah menghubungi pihak polis untuk melaporkan kejadian tersebut sebelum anggota polis membawa bayi berkenaan ke hospital pada pukul 11 pagi” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. #sumber