Loading...
Judul : MH370: Laporan Siasatan Keselamatan Bukan Laporan Akhir !
link : MH370: Laporan Siasatan Keselamatan Bukan Laporan Akhir !
MH370: Laporan Siasatan Keselamatan Bukan Laporan Akhir !
PUTRAJAYA - Laporan Siasatan Keselamatan ke atas kehilangan pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang dikeluarkan hari ini bukanlah laporan akhir, kata Ketua Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia, Datuk Kok Soo Chon.
Kok berkata Laporan Siasatan Keselamatan setebal 449 muka itu hanyalah untuk siasatan keselamatan dan ia terasing daripada siasatan pencarian dan kehakiman.
"Ini bukanlah laporan terakhir, kami tidak boleh mengandaikan dan berkata inilah laporan terakhir kerana bangkai pesawat itu belum dijumpai apatah lagi mangsa juga belum ditemukan, bagaimana kami boleh memanggilnya satu laporan akhir?
"Jawapannya hanya boleh dirumuskan jika bangkainya dijumpai," kata beliau dalam satu taklimat media mengenai Laporan Siasatan Keselamatan ke atas kehilangan MH370 di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.
Beliau berkata laporan itu boleh membantu pencegahan kemalangan dan insiden pada masa hadapan dan bukan tujuannya untuk menyalahkan sesiapa.
Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada pukul 12.40 tengah malam, 8 March 2014 menuju ke Beijing, sebelum hilang dari skrin radar, sejam kemudian. #sumber
Demikianlah Artikel MH370: Laporan Siasatan Keselamatan Bukan Laporan Akhir !
Sekianlah artikel MH370: Laporan Siasatan Keselamatan Bukan Laporan Akhir ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MH370: Laporan Siasatan Keselamatan Bukan Laporan Akhir ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/mh370-laporan-siasatan-keselamatan.html
0 Response to "MH370: Laporan Siasatan Keselamatan Bukan Laporan Akhir !"
Catat Ulasan