Loading...

Mohd Shukri Abdull Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM

Loading...
Mohd Shukri Abdull Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mohd Shukri Abdull Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohd Shukri Abdull Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM
link : Mohd Shukri Abdull Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM

Baca juga


Mohd Shukri Abdull Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengangkat sumpah jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ke-13 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara di sini, hari ini.
Sultan Muhammad V memberi perkenan selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Pada 21 Mei lalu, baginda memperkenankan pelantikan Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.
Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.
Menyertai mereka ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) SPRM, Datuk Ja'afar Mahad dan pengarah-pengarah SPRM bahagian serta negeri.
Mohd Shukri, 58, sudah berkhidmat selama 32 tahun di SPRM sebelum bersara pada 4 Oktober 2016 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. #sumber


Demikianlah Artikel Mohd Shukri Abdull Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM

Sekianlah artikel Mohd Shukri Abdull Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mohd Shukri Abdull Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/mohd-shukri-abdull-angkat-sumpah-ketua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mohd Shukri Abdull Angkat Sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM"

Catat Ulasan

Loading...