Loading...

MPK Roboh Gudang Ekoran Terima Pelbagai aduan Sejak 2013

Loading...
MPK Roboh Gudang Ekoran Terima Pelbagai aduan Sejak 2013 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MPK Roboh Gudang Ekoran Terima Pelbagai aduan Sejak 2013, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MPK Roboh Gudang Ekoran Terima Pelbagai aduan Sejak 2013
link : MPK Roboh Gudang Ekoran Terima Pelbagai aduan Sejak 2013

Baca juga


MPK Roboh Gudang Ekoran Terima Pelbagai aduan Sejak 2013


KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) hari ini bertindak tegas meruntuhkan sebuah bangunan gudang jualan barangan runcit berusia 16 tahun di Jalan Bukit Ubi di sini selepas menerima pelbagai aduan sejak 2013.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian berkata, tindakan itu diambil mengikut Seksyen 72 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Antara isu yang dibangkitkan pengadu adalah berkaitan aspek kesihatan, kacau ganggu bunyi bising, halangan kepada laluan dan kerosakan struktur kepada bangunan bersebelahan.

“MPK mengenal pasti masalah tersebut sejak menerima aduan pada 2013 dan memberi masa kepada pemilik bangunan untuk tindakan lanjut supaya isu dapat diselesaikan secara diplomatik,” katanya kepada pemberita ketika meninjau operasi berkenaan.

Operasi itu disertai kira-kira 100 pegawai dan anggota membabitkan MPK, polis, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan empat jentera berat digunakan.

Operasi bermula pada pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari itu akan bersambung semula esok.

Mengulas lanjut kata Izad Zainal, operasi meruntuhkan bangunan itu rentetan aduan oleh Biro Pengaduan Awam ne­ge­ri serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kegagalan MPK mengambil tindakan selepas lima tahun isu dibangkitkan.

“Pemilik premis telah diberi notis untuk operasi meruntuhkan bangunan dalam tempoh 30 hari pada 24 Januari lalu, namun perkara itu tidak diendahkan.

“Notis pengosongan bangunan juga dikeluarkan sekali lagi pada 22 Mei bagi tujuan sama sebelum notis 24 jam diberikan pada Isnin lalu,” jelas beliau.

Tambahnya, gudang bara­ngan runcit yang beroperasi sejak 2002 itu menerima permit bangunan sementara MPK untuk kelulusan secara tahunan kerana ia didirikan di atas tanah berstatus kediaman.

“Bagaimanapun, MPK membatalkan permohonan pembaharuan lesen permit perniagaan dan permit bangunan sementara sejak Januari lalu,” katanya.

Izad Zainal memaklumkan bahawa pemilik bangunan diberi pilihan sama ada untuk membersihkan tapak itu sendiri atau mengupah MPK dengan kos sebanyak RM30,000. #sumber




Demikianlah Artikel MPK Roboh Gudang Ekoran Terima Pelbagai aduan Sejak 2013

Sekianlah artikel MPK Roboh Gudang Ekoran Terima Pelbagai aduan Sejak 2013 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MPK Roboh Gudang Ekoran Terima Pelbagai aduan Sejak 2013 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/mpk-roboh-gudang-ekoran-terima-pelbagai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MPK Roboh Gudang Ekoran Terima Pelbagai aduan Sejak 2013"

Catat Ulasan

Loading...