Loading...

Najib Perli Mat Sabu ‘Joker’, Pertikai Kemampuan Jadi Menteri

Loading...
Najib Perli Mat Sabu ‘Joker’, Pertikai Kemampuan Jadi Menteri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Perli Mat Sabu ‘Joker’, Pertikai Kemampuan Jadi Menteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Perli Mat Sabu ‘Joker’, Pertikai Kemampuan Jadi Menteri
link : Najib Perli Mat Sabu ‘Joker’, Pertikai Kemampuan Jadi Menteri

Baca juga


Najib Perli Mat Sabu ‘Joker’, Pertikai Kemampuan Jadi Menteri

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan kemampuan Mohamad Sabu menjadi menteri pertahanan kerana presiden Amanah itu lebih seperti bahan lawak dalam laporan media baru-baru ini sejak dilantik ke jawatan itu.
Najib yang pernah menjadi menteri pertahanan selama 14 tahun memberitahu hadirin dalam sebuah program kempen Barisan Nasional di Sungai Kandis baru-baru ini yang Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, bukan seseorang yang kelihatan begitu yakin ketika mewakili Malaysia ke luar negara.
“Menteri pertahanan pun kartun. Pakai (topi) beret pun macam kartun, naik kapal perang cakap nak buat kari ikan.
“Awak ini menteri pertahanan, cakap pasal dasar pertahanan negara, jangan cakap nak buat kari ikan. Ini bukan taraf menteri pertahanan, ini joker, ini kartun,” katanya.
Najib berkata, beliau tiada keyakinan terhadap kemampuan Mat Sabu untuk berdepan rakan sejawatan di negara lain, termasuk setiausaha pertahanan Amerika Syarikat.
“Kalau Mat Sabu berdepan setiausaha pertahanan Amerika Syarikat saya tak jamin sebab dia akan cakap pasal ikan.
“Setiausaha pertahanan Amerika betul-betul kepala dia pun pusing agaknya. Dia kata macam mana standard kita ini di Malaysia? Pelik, orang macam ini boleh jadi menteri,” kata ahli Parlimen Pekan itu.
Mat Sabu yang terkenal dengan kemahiran berpidato dan kebolehan menarik orang ramai ke ceramah, antara kumpulan pertama menteri kanan dinamakan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.
Di kolej, bekas ahli politik PAS itu mengambil kursus sains makanan dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang menghabiskan masa bersamanya di Kem Tahanan Kamunting, Perak bercakap mengenai kemahiran memasaknya.
Selepas dilantik sebagai menteri pertahanan, Mat Sabu melawat kem tentera dan kapal perang.
Pada 7 Jun lalu, Mat Sabu bersama anggota tentera laut berbuka puasa dalam Kapal Diraja (KD) Mahawangsa, di mana beliau menunjukkan kemahiran memasaknya dan bergurau beliau boleh menyediakan hidangan ikan untuk mereka, jika mereka dibenarkan memancing di laut. #sumber


Demikianlah Artikel Najib Perli Mat Sabu ‘Joker’, Pertikai Kemampuan Jadi Menteri

Sekianlah artikel Najib Perli Mat Sabu ‘Joker’, Pertikai Kemampuan Jadi Menteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Perli Mat Sabu ‘Joker’, Pertikai Kemampuan Jadi Menteri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/najib-perli-mat-sabu-joker-pertikai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib Perli Mat Sabu ‘Joker’, Pertikai Kemampuan Jadi Menteri"

Catat Ulasan

Loading...