Loading...

NGO Lapor Polis Bantah Layanan Istimewa SPRM kepada Najib

Loading...
NGO Lapor Polis Bantah Layanan Istimewa SPRM kepada Najib - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NGO Lapor Polis Bantah Layanan Istimewa SPRM kepada Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO Lapor Polis Bantah Layanan Istimewa SPRM kepada Najib
link : NGO Lapor Polis Bantah Layanan Istimewa SPRM kepada Najib

Baca juga


NGO Lapor Polis Bantah Layanan Istimewa SPRM kepada Najib


SEREMBAN: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Hak Asasi Manusia membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana memberi layanan istimewa kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, hari ini.

Setiausahanya, K Kannis, berkata laporan itu dibuat kerana ketidakpuasan hati terhadap pegawai SPRM yang memberi layanan istimewa kepada Najib apabila tidak diberi pakaian tahanan lokap dan tidak digari ketika dibawa ke mahkamah.

"Sebagai rakyat biasa, saya melihat ia tindakan tidak adil untuk tahanan lain seperti Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad.

"Mereka ditahan SPRM sebelum ini memakai pakaian tahanan lokap ketika dibawa ke mahkamah tetapi kenapa Datuk Seri Najib?

"Sepatutnya siapa pun yang ditahan SPRM atas tuduhan penyelewengan atau rasuah harus diberi layanan sama tanpa mengira pangkat," katanya.

Beliau menggesa pihak SPRM memberi penjelasan berhubung perkara itu dan harus menjalankan tugas mengikut undang-undang ditetapkan.

Pada Rabu lalu, Najib yang memakai kot dan berseluar biru gelap kali pertama dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadapi empat pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah wang berjumlah RM42 juta, membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Najib bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan jaminan RM1 juta sebelum dua anaknya iaitu Norashman dan Nooryana Najwa membayar jaminan itu. #sumber


Demikianlah Artikel NGO Lapor Polis Bantah Layanan Istimewa SPRM kepada Najib

Sekianlah artikel NGO Lapor Polis Bantah Layanan Istimewa SPRM kepada Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NGO Lapor Polis Bantah Layanan Istimewa SPRM kepada Najib dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/ngo-lapor-polis-bantah-layanan-istimewa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "NGO Lapor Polis Bantah Layanan Istimewa SPRM kepada Najib"

Catat Ulasan

Loading...