Loading...

PAS Akan Bawa Usul Jumaat Hari Cuti Untuk Negeri Pahang !

Loading...
PAS Akan Bawa Usul Jumaat Hari Cuti Untuk Negeri Pahang ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Akan Bawa Usul Jumaat Hari Cuti Untuk Negeri Pahang !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Akan Bawa Usul Jumaat Hari Cuti Untuk Negeri Pahang !
link : PAS Akan Bawa Usul Jumaat Hari Cuti Untuk Negeri Pahang !

Baca juga


PAS Akan Bawa Usul Jumaat Hari Cuti Untuk Negeri Pahang !


TEMERLOH - PAS Pahang akan mengemukakan usul supaya hari Jumaat dijadikan hari cuti untuk negeri tersebut.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, usul itu antara yang dibentangkan dalam sidang DUN pertama pada 23 Julai ini. Menurutnya, sebelum itu usul tersebut pernah dibentangkan dalam Sidang DUN penggal lalu namun ditolak.

“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari untuk umat Islam. Jadi ia boleh beri masa kepada umat Islam melakukan ibadah selain yakin hari itu akan makmur dengan majlis-majlis ilmu.

“Kita harap usul ini akan mendapat sokongan dan diterima sekali gus pertukaran hari cuti itu dapat dilaksanakan seperti negeri-negeri lain,” katanya semalam. Negeri lain yang menjadikan Jumaat sebagai hari cuti adalah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

Beliau ditemui sempena Jamuan Aidilfitri 2018 anjuran Pejabat Perhubungan PAS Pahang di Temerloh.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu yang juga Adun Beserah, ADUN Chenor, Mujibur Rahman Ishak dan Adun Luit, Mohd Sofian Abd Jalil.

Dalam pada itu Abdul Jabar yang juga ADUN Tanjung Lumpur memberitahu usul-usul lain adalah kenaikan taraf elektrik dan pemberian lot tanah kepada rakyat di negeri ini.

“Selain itu beberapa usul tempatan akan dibawa oleh wakil PAS nanti. “Kali ini kita mempunyai lapan wakil PAS di Sidang DUN jadi setiap seorang akan bawa beberapa usul sesuai,” katanya lagi.

Empat lagi DUN yang dimenangi PAS pada PRU14 lalu, iaitu Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (Tahan), Zuridan Mohd Daud (Damak), Shahril Azman Abd Halim (Jengka) dan Mohd Tarmizi Yahaya (Panching). #sumber


Demikianlah Artikel PAS Akan Bawa Usul Jumaat Hari Cuti Untuk Negeri Pahang !

Sekianlah artikel PAS Akan Bawa Usul Jumaat Hari Cuti Untuk Negeri Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Akan Bawa Usul Jumaat Hari Cuti Untuk Negeri Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pas-akan-bawa-usul-jumaat-hari-cuti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS Akan Bawa Usul Jumaat Hari Cuti Untuk Negeri Pahang !"

Catat Ulasan

Loading...