Loading...
Judul : PAS Simpati Sekiranya Najib Di Aniaya Kes Pnedawaan 1MDB
link : PAS Simpati Sekiranya Najib Di Aniaya Kes Pnedawaan 1MDB
PAS Simpati Sekiranya Najib Di Aniaya Kes Pnedawaan 1MDB
Timbalan Menteri Besar Kelantan berkenaan berharap pendakwaan ke atas bekas Presiden Umno itu bukannya kerana dendam politik.
Menurutnya, tindakan undang-undang itu perlu mengikut asas keadilan negara dan kepentingan rakyat bukannya mempunyai agenda tersirat atau ‘dendam peribadi’.
“Oleh kerana beliau (Najib) dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan, kita tunggu sahaja proses pendakwaan dan kita harap ia dibuat atas asas undang-undang untuk mencari keadilan, bukan kerana dendam politik atau agenda tersirat.
“Kalau orang ini dianiayai dan fitnah, memang kita simpati kerana sepatutnya tidak berlaku. Apapun kita harap perkara ini berjalan mengikut asas undang-undang dan pihak pendakwaan mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa.
“Kalau nak kata simpati (Najib dimasukkan lokap), bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun turut masuk penjara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim semalam.
Pada 30 Januari lalu, Amar mengakui zaman pemerintahan Najib sebagai Perdana Menteri adalah lebih baik berbanding era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, hubungan di antara kerajaan negeri Kelantan dan Putrajaya juga semakin baik walaupun ada perkara belum ditunaikan.
“Namun, banyak perkara lagi yang Kerajaan Pusat belum laksanakan seperti tuntutan royalti dan kita berharap ia dipertimbangkan.
“Walaupun masih agak terpinggir berbanding negeri diterajui BN, sekurang-kurangnya terdapat perbezaan dari segi hubungan,” kata Amar lagi empat bulan sebelum PRU-14. #sumber
Demikianlah Artikel PAS Simpati Sekiranya Najib Di Aniaya Kes Pnedawaan 1MDB
Sekianlah artikel PAS Simpati Sekiranya Najib Di Aniaya Kes Pnedawaan 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS Simpati Sekiranya Najib Di Aniaya Kes Pnedawaan 1MDB dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pas-simpati-sekiranya-najib-di-aniaya.html
0 Response to "PAS Simpati Sekiranya Najib Di Aniaya Kes Pnedawaan 1MDB"
Catat Ulasan