Loading...

Pasangan Warga Emas Rentung Di Dalam Kedai Perkakasan !

Loading...
Pasangan Warga Emas Rentung Di Dalam Kedai Perkakasan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasangan Warga Emas Rentung Di Dalam Kedai Perkakasan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasangan Warga Emas Rentung Di Dalam Kedai Perkakasan !
link : Pasangan Warga Emas Rentung Di Dalam Kedai Perkakasan !

Baca juga


Pasangan Warga Emas Rentung Di Dalam Kedai Perkakasan !


JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri warga emas rentung apabila terperangkap dalam kebakaran membabitkan tiga buah kedai di Sungai Rengit, Pengerang, dekat Kota Tinggi, awal pagi Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata kebakaran itu, yang dilaporkan kepada pihaknya pada 3.45 pagi, mengorbankan pemilik kedai perkakasan, Chong Chin Sin, 71, dan isterinya, Tan Ah Yeng, 70, yang kedua-duanya tinggal di premis berkenaan.

Mohd Fadli berkata lapan anggota bersama sebuah jentera digegaskan ke lokasi kejadian untuk memadamkan api sebaik menerima laporan.

"Sejurus tiba, didapati kebakaran melibatkan sebuah kedai bengkel motosikal, sebuah kedai perkakasan  dan sebuah kedai menjual televisyen.

“Api tidak dapat dipastikan bermula dari kedai mana, namun, tiga kenderaan iaitu dua van terbakar kira-kira 70 peratus dan lima peratus manakala sebuah kereta jenis Volvo turut terbakar kira-kira 50 peratus," katanya yang dihubungi di sini pada Ahad.

Kerja-kerja memadam kebakaran di ketiga-tiga kedai papan itu, yang dibina sejak 50 tahun lepas, masih dijalankan sehingga sekarang.

Ia turut dibantu 20 anggota Pasukan Bomba Sukarela Sungai Rengit dan tujuh anggota dari Unit Central Emergency and Fire Service Response (CEFS), Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang.

Punca dan anggaran kerugian masih disiasat, katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Pasangan Warga Emas Rentung Di Dalam Kedai Perkakasan !

Sekianlah artikel Pasangan Warga Emas Rentung Di Dalam Kedai Perkakasan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasangan Warga Emas Rentung Di Dalam Kedai Perkakasan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pasangan-warga-emas-rentung-di-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pasangan Warga Emas Rentung Di Dalam Kedai Perkakasan !"

Catat Ulasan

Loading...