Loading...

PEKA: Pendatang Asing Tanpa Izin 'Bermasyarakat' Di Malaysia

Loading...
PEKA: Pendatang Asing Tanpa Izin 'Bermasyarakat' Di Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEKA: Pendatang Asing Tanpa Izin 'Bermasyarakat' Di Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEKA: Pendatang Asing Tanpa Izin 'Bermasyarakat' Di Malaysia
link : PEKA: Pendatang Asing Tanpa Izin 'Bermasyarakat' Di Malaysia

Baca juga


PEKA: Pendatang Asing Tanpa Izin 'Bermasyarakat' Di Malaysia


KUALA LUMPUR: Sehingga September tahun lalu, jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini secara sah seramai 1.73 juta orang daripada pelbagai negara seperti Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China.

Jabatan Perangkaan pula menganggarkan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini tahun lalu sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Presiden Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA), Datuk Paduka Zuhari Ab Kadir, jumlah sebenar warga asing yang berstatus PATI di negara ketika ini sukar ditentukan berikutan tiada statistik jelas berkenaan warga asing tersebut. Lambakan pekerja asing secara berlebihan adalah satu fenomena membimbangkan negara. Apa yang lebih membimbangkan adalah kemasukan mereka secara tidak sah yang jumlahnya mengatasi pekerja asing secara sah.

Bagaimanapun, Zuhairi berkata, pihak PEKA percaya bilangan PATI di negara ini melebihi jumlah pekerja asing yang memiliki dokumen dan permit sah untuk bekerja berikutan permintaan tinggi terhadap tenaga buruh berkenaan.

“Kami difahamkan pada 2014 terdapat lebih 6.7 juta pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor terutama pembinaan dan perladangan. Daripada jumlah itu hanya 2.1 juta yang mempunyai permit.

“Jadi, ketika itu terdapat lebih 4.6 juta warga asing yang bekerja secara tidak sah di Malaysia. Persoalannya sehingga kini ke mana hilangnya 4.6 juta orang ini? Adakah semuanya telah pulang ke negara masing-masing?

“Pada 2017 pula, terdapat kira-kira 1.73 juta pekerja asing yang sah berbanding 2.1 juta orang empat tahun lalu, iaitu pengurangan sebanyak 300,000 lebih. Ke mana perginya pekerja asing ini di saat Malaysia memerlukan guna tenaga yang banyak,” katanya ketika ditemui pemberita di ibu negara baru-baru ini.

Tambah Zuhairi, beliau percaya jutaan PATI yang hilang dalam ‘radar’ masih lagi bebas bergerak dan bekerja di negara ini kerana amat mustahil warga asing tersebut pulang beramai-ramai ke negara masing-masing.

“Jika ada yang pulang atau ditangkap, bilangan itu tidak ramai. Malah setiap tahun ada sahaja rakyat asing yang datang ke Malaysia untuk tujuan lain tetapi tinggal lebih masa bagi bekerja. Jumlah (PATI) tidak akan berkurangan tetapi meningkat.

“Cara mereka masuk ke Malaysia juga tidak seperti dahulu dengan menggunakan laluan 'tikus' seperti melalui hutan atau tongkang. Sekarang ini mereka hanya naik feri atau pesawat menggunakan pas pelancong atau pelajar.

“Penggunaan sindiket juga sudah berkurangan kerana mereka sudah tahu cara yang lebih mudah. Gunakan sahaja alasan melancong sehingga pasport mereka luput, selepas itu mereka akan bergerak secara haram.

“Mereka ini tidak gelarkan diri sebagai PATI sebaliknya PADI iaitu pendatang asing dengan izin kerana masuk ke Malaysia dengan cara sah tetapi tinggal lebih masa sahaja,” ujarnya.

Katanya lagi, "Kemungkinan pekerjaan yang tersedia banyak yang berbentuk sektor pekerjaan sukar, kotor dan berbahaya (3D) tidak sanggup dilakukan oleh rakyat tempatan. Pekerja asing sanggup menerima upah lebih rendah dan bekerja lebih masa. Walaupun kerajaan telah melaksanakan upah minimum, majikan masih boleh mengelak daripada membayar pekerja upah minimum ini dengan mengambil pekerja asing tidak sah. Malah pekerja asing ini sanggup menerima apa saja upah dibayar, di samping mampu memberi komitmen yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja tempatan.

Menurut zuhairi lagi, walaupun tidak memiliki dokumen perjalanan sah, golongan PATI tersebut tidak hidup dalam persembunyian sebaliknya bebas bergerak dan bergaul hingga membentuk komuniti dalam Malaysia.

Ujar beliau, warga asing tersebut itu secara terang-terangan bekerja dalam bidang yang memerlukan mereka berhadapan dengan orang ramai seperti sektor perkhidmatan dan keselamatan.

“Tidak dinafikan ada sebilangan PATI yang bersembunyi daripada pihak berkuasa dengan bekerja di kawasan ladang, hutan dan pedalaman supaya tidak terdedah. Tetapi jumlah itu sangat sedikit.

Namun, bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara, pengambilan mereka yang tidak mahir perlu dikurangkan dan dalam masa sama, lambakan pekerja asing tanpa izin perlu dibanteras agar ia tidak mengganggu pelaksanaan dasar kerajaan seperti upah minimum, akhirinya. #PDO


Demikianlah Artikel PEKA: Pendatang Asing Tanpa Izin 'Bermasyarakat' Di Malaysia

Sekianlah artikel PEKA: Pendatang Asing Tanpa Izin 'Bermasyarakat' Di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEKA: Pendatang Asing Tanpa Izin 'Bermasyarakat' Di Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/peka-pendatang-asing-tanpa-izin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PEKA: Pendatang Asing Tanpa Izin 'Bermasyarakat' Di Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...