Loading...
Judul : Pembersihan Hutan Bukit Sekilau Perlulah Di Hentikan Segera !
link : Pembersihan Hutan Bukit Sekilau Perlulah Di Hentikan Segera !
Pembersihan Hutan Bukit Sekilau Perlulah Di Hentikan Segera !
Adun Semambu, Lee Chean Chung berkata, kerajaan negeri telah memberi penjelasan berhubung isu ini sejak setahun lalu di samping kawasan itu juga berdepan risiko pencemaran alam lain yang mengakibatkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk sekitar.
Bagaimanapun, dia memaklumkan kerja mengeluarkan batu dan pembersihan hutan di situ sudah dihentikan sebelum PRU14 lalu.
“Kalau ikut perancangan asal, kawasan ini adalah bagi tujuan projek pembinaan rumah, tapi, kita sendiri tak nampak sebarang papan tanda yang menyatakan ada projek (perumahan) sedang dilaksanakan.
“Apa yang kita nampak, ia lebih kepada kerja mengeluarkan batu dari bukit berkenaan dan mungkin juga ada kayu balak turut dikeluarkan dari situ. Ini yang mendatangkan persoalan kepada kita dan penduduk sekitar dan jika benar kerja ini dibenarkan, kita nak tahu jika mereka (pemaju) ada buat Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang diselia Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang.
“Kalau tak ada laporan dan kelulusan EIA, maknanya mereka mungkin melakukan kesalahan mengikut Seksyen 34 Akta Alam Sekeliling 1974 dan projek ini jelas menyalahi undang-undang dan tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak pemaju,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melakukan tinjauan di kawasan Bukit Sekilau, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Chean Chung berkata pihaknya akan meminta Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) negeri dan JAS memberikan penjelasan berhubung kelulusan dikeluarkan kepada pihak pemaju sebelum ini.
“Kita nak tahu apa yang berlaku sebelum ini, bagaimana pemaju boleh menjalankan kerja di kawasan Bukit Sekilau jika tidak memenuhi kriteria ditetapkan semua agensi berkenaan.
“Walaupun pemaju sudah memberhentikan operasi, kita minta MPK mengeluarkan arahan khusus kepada pemaju untuk tidak meneruskan sebarang kerja di sini, selagi tidak mendapat kebenaran dan kelulusan daripada agensi terbabit.
“Kami juga difahamkan, kerajaan negeri menjual tanah berkenaan pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran... kalau kita rujuk kepada Jabatan Penilaian Hartanah Negara, nilai tanah itu sepatutnya RM2.6 juta dan pihak pemaju memperoleh tanah berkenaan pada harga RM1.9 juta sahaja... jadi, mereka (kerajaan negeri) perlu beri penjelasan mengenai perkara ini,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Pembersihan Hutan Bukit Sekilau Perlulah Di Hentikan Segera !
Sekianlah artikel Pembersihan Hutan Bukit Sekilau Perlulah Di Hentikan Segera ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembersihan Hutan Bukit Sekilau Perlulah Di Hentikan Segera ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pembersihan-hutan-bukit-sekilau.html
0 Response to "Pembersihan Hutan Bukit Sekilau Perlulah Di Hentikan Segera !"
Catat Ulasan