Loading...
Judul : Pemilihan PKR : Rafizi Umumkan Pasuka Reformasi 20 Tahun !
link : Pemilihan PKR : Rafizi Umumkan Pasuka Reformasi 20 Tahun !
Pemilihan PKR : Rafizi Umumkan Pasuka Reformasi 20 Tahun !
AMPANG - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini mengumumkan senarai barisan pasukan Reformasi 20 Tahun bagi sesi pemilihan parti itu bulan depan yang akan meneruskan agenda reformasi PKR.
Rafizi yang menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden PKR berkata, Naib Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berada dalam pasukannya bagi pertandingan kerusi Naib Presiden.
Beliau berkata, dua lagi calon Naib Presiden yang menyatakan sokongan pada beliau ialah Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dan Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan.
"Pasukan Reformasi 20 Tahun ini akan memastikan perjuangan reformasi yang bermula pada tahun 1998 aan diteruskan dalam perjuangan parti demi mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8," katanya pada Majlis Reformas 20 tahun di Hotel De Palma di sini petang tadi.
Turut diumumkan berada dalam kem Rafizi ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh sebagai calon Ketua Wanita dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang akan bertanding kerusi Ketua Angkatan Muda Keadilan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga merangkap Exco Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail diumumkan bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR.
Selain itu, Rafizi turut mengumumkan senarai pasukan yang akan bertanding bagi kerusi Majlis Pimpinan Pusat iaitu :
- Ahli parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani
- Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun
- Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh
- Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, Dr. Idris Ahmad
- Ahli Parlimen Subang Wong Chen
- ADUN Semambu, Lee Chean Chung
- Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow
- Bekas Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan
- ADUN Bukit Selambau, R. Summugam
- Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Omar
- ADUN Bukit Maung, Datuk Abdul Halim Hussain
- Ketua Cabang Klang, Boon Lai
- Bekas Ahli Parlimen Lumut, Laksamana (B) Mohamad Imran Abd Hamid
- Ahli Parlimen Merbok Nurin Aina
- Ahli PKR Gelang Patah Dr. Zaleha Mustafa
- Ketua Cabang Semporna, Mohd. Amin Abdul Mem
- Ahli PKR Kuala Selangor, David Selvam
- Dr. S. Streram
#sumber
Demikianlah Artikel Pemilihan PKR : Rafizi Umumkan Pasuka Reformasi 20 Tahun !
Sekianlah artikel Pemilihan PKR : Rafizi Umumkan Pasuka Reformasi 20 Tahun ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemilihan PKR : Rafizi Umumkan Pasuka Reformasi 20 Tahun ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pemilihan-pkr-rafizi-umumkan-pasuka.html
0 Response to "Pemilihan PKR : Rafizi Umumkan Pasuka Reformasi 20 Tahun !"
Catat Ulasan