Loading...
Judul : Pemilihan PKR: Ramai Mahu Lihat Pertembungan Azmin-Rafizi !
link : Pemilihan PKR: Ramai Mahu Lihat Pertembungan Azmin-Rafizi !
Pemilihan PKR: Ramai Mahu Lihat Pertembungan Azmin-Rafizi !
Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ogos ini pasti panas apabila ramai pihak dalam parti itu mendakwa Naib Preiden parti, Rafizi Ramli mahu mencabar Azmin Ali untuk jawatan Timbalan Presiden.
Perkara itu sudah tidak boleh dinafikan lagi, apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan kali ini.
Umum mengetahui, Azmin pernah cuba untuk bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan terdahulu. Namun, impian tersekat apabila Anwar masuk ditengah-tengah. Ia menyebabkan Azmin undur diri.
Sementara itu, Rafizi dijangka berkedudukan selesa sekiranya Anwar menjadi Presiden PKR. Umum mengetahui Anwar sering mengangkat nama Rafizi dalam ceramahnya. Malah, ketika ucapan pertama beliau selepas keluar penjara baru-baru ini pun dia masih menyebut nama Rafizi.
Ia sedikit mengecewakan kartel Azmin Ali, kerana mereka melihat Rafizi kini menjadi liabiliti kepada parti. Tambahan pula kelantangan beliau menegur kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Soalnya, apakah Rafizi sedia berganding dengan Anwar untuk menentang Azmin Ali?. Jika ini berlaku, sudah pasti dia mempunyai harapan cerah untuk menang. Azmin pula pasti akan dibantu oleh "bapa angkat" beliau iaitu Tun Dr Mahathir, kerana dia dilihat berpotensi untuk mneneruskan legasi Tun M selain Anwar sendiri.
Kini, ahli-ahli akar umbi PKR sudah mula membayangkan untuk menggangkat Rafizi Ramli bertanding jawatan kedua parti itu. Sekiranya ia berlaku, maka pertembungan yang maha dasyat dapat disaksikan pada pemilihan PKR Ogos ini.
Soalnya, apakah Rafizi akan terpelanting terus kiranya lawang Azmin?. Hanya Anwar dapat menyelamatkan kedudukan beliau sebenarnya. Sebelum ini, dua pemimpin kanan PKR ditewaskan oleh Azmin iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Zaid Ibrahim.
Kedua-dua pemimpin terbabit akhirnya terpelanting daripada PKR selepas membuat tindakan drastik menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden. Kekuatan kartel Azmin tidak boleh dinafikan lagi. Biarpun ada isu yang melanggar peraturan ketika pemilihan, namun laporan dan aduan terhadap beliau gagal diambil tindakan sewajarnya oleh pihak atasan.
Mungkin, dek kerana pengaruh Azmin dalam PKR lebih kuat dari Datuk Sri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden parti itu sendiri.
Namun, kali ini Anwar sudah kembali untuk menggalas tanggungjawab. Apakah perubahan besar akan berlaku dalam PKR kali ini, sama seperti pemilihan UMNO?. Sama-sama kita nantikan episod seterusnya adengan mendebarkan ini. Ramai pihak yang mahu lihat pertembuangan Azmin-Rafizi ini sebenarnya. #PDO
Demikianlah Artikel Pemilihan PKR: Ramai Mahu Lihat Pertembungan Azmin-Rafizi !
Sekianlah artikel Pemilihan PKR: Ramai Mahu Lihat Pertembungan Azmin-Rafizi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemilihan PKR: Ramai Mahu Lihat Pertembungan Azmin-Rafizi ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pemilihan-pkr-ramai-mahu-lihat.html

0 Response to "Pemilihan PKR: Ramai Mahu Lihat Pertembungan Azmin-Rafizi !"
Catat Ulasan