Loading...

Pendakwaan Akan Kemuka Lebih Banyak Tuduhan 1MDB Terhadap Najib

Loading...
Pendakwaan Akan Kemuka Lebih Banyak Tuduhan 1MDB Terhadap Najib - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendakwaan Akan Kemuka Lebih Banyak Tuduhan 1MDB Terhadap Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendakwaan Akan Kemuka Lebih Banyak Tuduhan 1MDB Terhadap Najib
link : Pendakwaan Akan Kemuka Lebih Banyak Tuduhan 1MDB Terhadap Najib

Baca juga


Pendakwaan Akan Kemuka Lebih Banyak Tuduhan 1MDB Terhadap Najib


KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan mengemukakan lebih banyak pertuduhan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekiranya terdapat lagi kertas siasatan baharu diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Negara Tommy Thomas yang mengetuai pendakwaan berkata, sebarang tuduhan baharu bergantung pada kertas siasatan yang akan diserahkan ke pejabatnya berkaitan dengan skandal 1MDB.

"Kes hari ini adalah kertas siasatan pertama yang sampai di meja saya apabila saya mula bertugas sebagai Peguam Negara tiga minggu lalu, dan tidak dinafikan berkemungkinan ada kertas siasatan lagi yang akan dikemukakan SPRM," katanya ketika sidang media selepas tamat prosiding terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Menurutnya, pihaknya hanya mengemukakan pertuduhan, namun terpulang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.

"Bagi prosiding hari ini, hanya Najib dituduh empat pertuduhan dan pihak pendakwaan mempunyai prima facie yang akan dibuktikan ketika perbicaraan nanti," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau tidak pasti dalam soal SRC International Sdn Bdh, namun sangat pasti akan ada lagi pertuduhan dalam soal 1MDB.

"Ini kerana keseluruhan isu berkenaan berkait dengan skop 1MDB...lebih banyak kertas siasatan dijangkakan daripada SPRM.

"Kita tahu apa yang berlaku sejak lima tahun lalu yang mana berlaku transaksi kewangan secara tersembunyi tetapi dijelaskan dengan kenyataan ringkas tanpa terperinci dalam soal 1MDB.

"Apabila selesai siasatan itu nanti, SPRM boleh mengemukakannya kepada kami untuk tindakan lanjut," katanya.

Apabila ditanya berkaitan dengan ikat jamin yang ditawarkan pihak pendakwaan iaitu sebanyak RM4 juta, Tommy berkata jumlah itu adalah adil apabila pihak pendakwaan bermurah hati dalam menawarkan jaminan itu.

"Malah, kami amat bermurah hati dengan jumlah jaminan terhadap tertuduh dan tidak membantah prinsip jaminan.

"Sebaliknya, hanya membantah jumlah jaminan..kami sangat adil," katanya.

Tommy berkata, pihaknya akan mengemukakan bantahan berhubung 'gag order' yang dikemukakan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Katanya, 'gag order' atau perintah tegahan yang dipohon itu tidak jelas, malah pihak pembelaan tidak menyatakan asas kepada perintah tegahan itu dipohon.

Menurutnya, gag order yang dibenarkan mahkamah secara sementara itu akan diputuskan pada tarikh pengurusan semula kes itu.

"Kami (pendakwaan) juga terkejut dengan 'perintah tegahan' berkenaan yang berkuat kuasa sehingga 8 Ogos ini.

"Tiada alasan diberikan dan kami akan membantah pada tarikh pengurusan kes itu nanti," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tarikh perbicaraan bagi empat pertuduhan dihadapi Najib, Tommy berkata, terlalu awal untuk memutuskan tarikh perbicaraan kes.

"Adalah pramatang untuk menetapkan tarikh perbicaraan ketika ini dan pada hari ini ditetapkan untuk sebutan kes itu, iaitu 8 Ogos depan," katanya.

Selain itu, ketika disoal dengan saksi pendakwaan yang akan dipanggil bagi kes ini, Tommy memberitahu terlalu awal untuk didedahkan kepada umum siapa saksi yang akan dipanggil.

Apabila ditanya mengenai riuh rendah sekumpulan penyokong Najib yang mengganggu beliau daripada mengadakan sidang media bersama pemberita, beliau mengakui terkejut dengan keadaan yang berlaku dan sepatutnya berlaku dengan cara bertamadun.

"Saya agak sedih kerana sebenarnya menjangkakan soalan daripada pemberita namun tidak menjangkakan suasana riuh yang berlaku tadi," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai penahanan Najib di rumahnya semalam, Thomas berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab berhubung perkara itu.

"Tugas pihak berkuasa seperti SPRM dan polis membabitkan siasatan dan penahanan dan kami hanya bertanggungjawab dalam urusan pendakwaan," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Pendakwaan Akan Kemuka Lebih Banyak Tuduhan 1MDB Terhadap Najib

Sekianlah artikel Pendakwaan Akan Kemuka Lebih Banyak Tuduhan 1MDB Terhadap Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendakwaan Akan Kemuka Lebih Banyak Tuduhan 1MDB Terhadap Najib dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pendakwaan-akan-kemuka-lebih-banyak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pendakwaan Akan Kemuka Lebih Banyak Tuduhan 1MDB Terhadap Najib"

Catat Ulasan

Loading...