Loading...
Judul : Penduduk Kampung Tiram Perdana Dakwa Rimas Debu Lori !
link : Penduduk Kampung Tiram Perdana Dakwa Rimas Debu Lori !
Penduduk Kampung Tiram Perdana Dakwa Rimas Debu Lori !
KUANTAN - Beberapa keluarga di Lorong Tiram Jaya, Kampung Tiram Perdana di sini berdepan suasana kurang selesa ekoran masalah debu akibat lori pasir yang keluar masuk melalui jalan berhampiran sejak beberapa bulan lalu.
Masalah bertambah serius apabila cuaca panas dan kering sehingga menjejaskan rutin harian serta kesihatan mereka.
Seorang penduduk, May Chow Siew Moi, 41, berkata, dia tidak menghalang aktiviti memunggah pasir namun pihak berkaitan perlu mengambil kira masalah dan kepentingan penduduk.
Menurutnya, dia terpaksa membersihkan lantai bahagian luar rumah setiap hari dan tidak dapat menjemur kain di ampaian.
“Saya khuatir jika masalah ini berterusan, ia akan memberi kesan kepada kesihatan kami pula. Lagi pun anak lelaki saya kini sudah mula mengalami masalah kulit.
“Banyak lagi masalah termasuk jalan rosak. Sekarang laluan tanah merah untuk ke kawasan perlombongan sudah ‘dikunjungi’ penagih dadah,” katanya.
Siew Moi berkata, dahulu, pihak kontraktor melakukan kerja-kerja menyiram jalan bagi mengelak debu namun sekarang sudah dihentikan.
“Lori keluar masuk bermula jam 6.30 pagi dan berakhir lewat petang. Kemuncak masalah ini berlaku pada waktu tengah hari,” katanya.
Jirannya, Lim Choo Han, 31, meminta perkara itu diberi perhatian sewajarnya.
Katanya, penduduk sudah bersemuka dengan pihak kontraktor bagi membincangkan perkara ini namun masalah semakin serius.
“Sekarang timbul pula isu keselamatan apabila berlaku kes kecurian dipercayai perbuatan penagih dadah. Saya pun jadi mangsa,” katanya.
Sementera itu Adun Semambu, Lee Chean Chung turun padang meninjau lokasi itu semalam.
Beliau berkata, pegawainya sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk tindakan termasuk mengenal pasti sama ada aktiviti itu berlesen atau sebaliknya.
“Saya minta pihak berkenaan bukan sahaja melihat kepada kelulusan tetapi perlu mengawalnya kerana melibatkan penduduk.
“Kena kaji balik tempoh operasi dan had laju lori yang keluar masuk selain mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Beliau menggesa pihak berkuasa tempatan mensyaratkan kontraktor membayar deposit untuk menampung kos pembaikan jalan yang rosak akibat aktiviti itu dan bukan menggunakan wang pembayar cukai. #sumber
Demikianlah Artikel Penduduk Kampung Tiram Perdana Dakwa Rimas Debu Lori !
Sekianlah artikel Penduduk Kampung Tiram Perdana Dakwa Rimas Debu Lori ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penduduk Kampung Tiram Perdana Dakwa Rimas Debu Lori ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/penduduk-kampung-tiram-perdana-dakwa.html
0 Response to "Penduduk Kampung Tiram Perdana Dakwa Rimas Debu Lori !"
Catat Ulasan