Loading...
Judul : Perlantikan Richard Malanjum, cabaran besar menanti buat umat Islam
link : Perlantikan Richard Malanjum, cabaran besar menanti buat umat Islam
Perlantikan Richard Malanjum, cabaran besar menanti buat umat Islam
1). Pada tahun 2007, dalam kes permohonan Lina Joy untuk mnenukar agama asal dari islam ke kristian, tiga hakim yang terlibat dalam proses kehakiman kes tersebut.
Dua hakim (orang islam) tidak bersetuju untuk membenarkan Lina Joy murtad, manakala seorang hakim iaitu Richard Malanjum mengundi untuk membenarkan Lina Joy keluar islam.
Keputusan kes ini menjadikan amalan murtad di negara ini tertutup dari sudut sistem dan perundangan.
.
2). Pada tahun 2015, kes rayuan penggunaan kalimah Allah utk merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald telah ditolak oleh keputusan majoriti hakim (4 berbalas 3)
Salah seorang daripada tiga orang hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah Allah merujuk kepada Jesus adalah Richard Malanjum.
Ini adalah satu langkah bagaimana sistem kehakiman boleh menutup ruang untuk berlaku mudarat besar kepada agama.
.
3). Pada awal tahun 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.
Antara hakim yang undi membatalkan penukaran agama tersebut adalah Richard Malanjum.
.
4). Kehakiman ini hakikatnya terletak pada hati para hakim. Bukan semata-mata teks dan fakta. Kerana hati yang ada pada hakim yang menafsir teks dan fakta.
Hakim yang diyakini keislamannya, hatinya akan cenderung kepada islam.
Hakim yang beriktikad dengan iktikad agama lain atau sekular akan cenderung kepada agama dan iktikadnya.
.
5). Risiko mengambil Ketua Hakim dari kalangan bukan Islam ini akan membuka kemungkinan tafsiran berbeza kepada perlembagaan tersebut.
Walaupun perlembagaan adalah mustahil diubah dalam keadaan politik semasa, tetapi tafsiran mahkamah bagi peruntukan perlembagaan berkenaan kedudukan Islam, Melayu dan Raja boleh memberi kesan besar terhadap kedudukan ketiga tiga perkara ini.
Contohnya, tafsiran TS Apandi Ali (ketika itu masih Hakim Mahkamah Persekutuan) berkenaan frasa perlembagaan "Islam adalah agama persekutuan tetapi agama agama lain bebas diamalkan" dalam isu kalimah Allah. TS Apandi memberikan tafsiran bahawa maksud kebebasan untuk mengamalkan agama lain itu akan menjadi terhad jika mengganggu agama Islam.
Judgement beliau ini dikritik keras oleh peguam-peguam luar. Antaranya Tommy Thomas (kini Peguam Negara)
(Point nombor 5 mengambil isi dari penulisan saudara Abd Rahim) https://ift.tt/2zxFtxK)
.
6). Teringat akan tulisan seorang pendakwah haraki terkenal, Muhammad Ahmad Ar-rasyid yang berkata tentang bagaimana sesebuah keruntuhan tamadun berlaku walaupun sesebuah negara itu telah maju. Sebuah soalan ditanyakan kepada Umar Al-Khattab:
“Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia kelihatan makmur maju?”
Beliau menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.”
Inilah sebabnya keruntuhan negara dan inilah penyakit pembunuhnya.
Penguasaan si zalim ke atas golongan yang baik adalah sebab kepada segala kelam kabut dan rosaknya dunia.
Apabila si zalim atau fasik berkuasa, mereka akan melantik orang yang jahat dan fasik seperti mereka juga untuk mengurus apa-apa urusan. Mana-mana si fasiq tak dapat tidak adalah tawanan nafsu dan dah tertutup hatinya. Mereka hidup lalai dan tidak berfikir pun untuk kebaikan bangsa dan negara mereka.
Mereka juga bekerja untuk kepentingan peribadi mereka. Bertindak zalim, menindas dan menyeleweng. Banyak tenaga dan kemampuan kemanusiaan dipersia-siakan. Orang yang benar-benar layak dan berpotensi terpaksa bersembunyi mencari perlindungan kehormatan dan jasad mereka dari dicerobohi dan diseksa.
Tinggallah urusan pentadbiran umat dipegang oleh mereka yang jahil dan berkepentingan. Hasilnya tersebarlah gejala keruntuhan masyarakat yang akhirnya membawa kemusnahan ekonomi dan ketamadunan ilmu.
Masih ada yang kata tidak perlu risau?
-Nizzal Syafiq
Demikianlah Artikel Perlantikan Richard Malanjum, cabaran besar menanti buat umat Islam
Sekianlah artikel Perlantikan Richard Malanjum, cabaran besar menanti buat umat Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perlantikan Richard Malanjum, cabaran besar menanti buat umat Islam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/perlantikan-richard-malanjum-cabaran.html
0 Response to "Perlantikan Richard Malanjum, cabaran besar menanti buat umat Islam"
Catat Ulasan