Loading...

Pertembungan Tiga Penjuru Pilihan Raya Kecil DUN Sg Kandis

Loading...
Pertembungan Tiga Penjuru Pilihan Raya Kecil DUN Sg Kandis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pertembungan Tiga Penjuru Pilihan Raya Kecil DUN Sg Kandis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pertembungan Tiga Penjuru Pilihan Raya Kecil DUN Sg Kandis
link : Pertembungan Tiga Penjuru Pilihan Raya Kecil DUN Sg Kandis

Baca juga


Pertembungan Tiga Penjuru Pilihan Raya Kecil DUN Sg Kandis


SHAH ALAM: Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas.

Ia melibatkan calon PKR, pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh di Jalan Kebun di sini, Mohd Zawawi Ahmad Mughni; calon BN, anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, pesara kerajaan K. Murthy.

Pegawai Pengurus PRK DUN Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad membuat pengumuman itu pada pukul 10.25 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 di sini, hari ini.

Ahmad Zaharin berkata pihaknya menerima borang pencalonan daripada calon PKR pada pukul 9.08 pagi, manakala daripada calon BN (9.09 pagi) dan calon Bebas (9.35 pagi).

Setelah menyemak kertas-kertas penamaan tersebut, saya berpuas hati tiada calon yang ditolak kertas penamaannya. Dengan ini saya mengumumkan bahawa calon-calon yang disahkan bertanding dalam Bahagian PRK DUN N49 Sungai Kandis adalah seperti berikut:

Datuk Lokman Nor Adam daripada BN, kedua K. Murthy daripada Bebas dan ketiga Mohd Zawawi Ahmad Mughni daripada PKR, katanya.

Proses penamaan calon yang berlangsung selama sejam ditutup pada 10 pagi.

Terdahulu, pemimpin dan penyokong parti berkumpul seawal 7.30 pagi untuk memberi sokongan kepada calon masing-masing.

Mohd Zawawi, 48, yang juga Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Pusat, tiba di pusat penamaan calon pukul 8.45 pagi diiringi penyokong-penyokongnya.

Antara pemimpin utama Pakatan Harapan yang hadir memberi sokongan kepada Mohd Zawawi ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi; Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Salahuddin Ayub, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin akar umbi parti.

Lokman Noor yang tiba pada 9.05 pagi menerima sokongan moral daripada pemimpin tertinggi UMNO antaranya Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, dua Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Setiausaha Agung Tan Sri Annuar Musa, Ketua Wanita Datuk Noraini Ahmad, Ketua

Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan.

Murthy, 60, pula tiba pada kira-kira 9.30 pagi bersama-sama seorang pencadang dan penyokongnya.

Cuaca baik membolehkan mereka berkumpul dan memberi sokongan sebelum calon masing-masing memasuki dewan untuk menyerahkan kertas pencalonan pilihan raya kecil yang pertama diadakan, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Sedikit kekecohan timbul apabila berlaku pertembungan antara penyokong PKR dan BN, namun berjaya dikawal pihak polis yang bertugas sejak awal pagi.

Insiden berlaku berikutan tindakan penyokong BN yang mengiringi calon berarak melepasi halangan yang diletakkan pihak berkuasa, kira-kira 50 meter dari pintu masuk dewan berkenaan yang menyebabkan timbul rasa tidak puas hati penyokong PKR yang berkumpul di belakang penghadang terletak kira-kira 10 meter dari pagar dewan tersebut.

Kedengaran laungan sorakan seperti 'reformasi', 'jangan lari' daripada penyokong PKR dan dibalas dengan sahutan 'hidup BN' oleh penyokong parti itu menjadikan suasana agak hingar-bingar, namun berjaya dileraikan Unit Tindakan Ringan (LSF) polis yang mengawal keadaan dan memisahkan kedua-dua kumpulan penyokong.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Pada PRU14, Mat Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi menentang calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).

Seramai 865 petugas pilihan raya dilantik untuk pengendalian PRK yang dianggar menelan belanja RM1.4 juta. DUN Sungai Kandis mempunyai 51,230 pemilih berdaftar, terdiri daripada 51,217 pengundi biasa dan 13 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. Tiada pengundi awal bagi pilihan raya kecil itu. #sumber


Demikianlah Artikel Pertembungan Tiga Penjuru Pilihan Raya Kecil DUN Sg Kandis

Sekianlah artikel Pertembungan Tiga Penjuru Pilihan Raya Kecil DUN Sg Kandis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pertembungan Tiga Penjuru Pilihan Raya Kecil DUN Sg Kandis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pertembungan-tiga-penjuru-pilihan-raya.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pertembungan Tiga Penjuru Pilihan Raya Kecil DUN Sg Kandis"

Catat Ulasan

Loading...