Loading...
Judul : PKNP FC 'Rebah' Di Ipoh, Pahang Mara Ke Peringkat Akhir Piala FA
link : PKNP FC 'Rebah' Di Ipoh, Pahang Mara Ke Peringkat Akhir Piala FA
PKNP FC 'Rebah' Di Ipoh, Pahang Mara Ke Peringkat Akhir Piala FA
Bermula babak pertama, kedua-dua pasukan bermula garang apabila masing-masing melakukan asakan ke kubu lawan bagi mendapatkan jaringan awal perlawanan.
PKNP FC hampir menjaringkan gol awal perlawanan apabila kaptennya, Mohamad Hafiz Ramdan mendapat peluang membawa bola masuk ke kotak penalti namun bola tendangannya dihalang pemain pertahanan pasukan pelawat pada minit ke-28.
Pahang kembali memperkemaskan jentera serangan dan usaha mereka berhasil apabila penyerangnya, Austin Amutu merembat kencang bola terus ke gawang PKNP FC menewaskan Ahmad Asyraaf Omar pada minit ke-32.
Anak buah Abu Bakar Fadzim turut berpeluang mendapatkan jaringan penyamaan pada minit ke-39 apabila pemain pertahanan PKNP FC, Ritus Krjauklis menanduk bola selepas menerima hantaran daripada sepakan percuma rakan sepasukan, Mohamad Ezanie Mat Salleh namun bola tersebut tersasar ke sebelah kiri gawang Pahang.
Kedudukan Pahang mendahului pasukan rumah 1-0 kekal sehingga akhir separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, pasukan tuan rumah menyusun lebih banyak gerakan bagi mencari gol penyamaan namun beberapa percubaan daripada PKNP FC dinafikan penjaga gol Pahang, Mohd. Helmi Eliza Elias.
PKNP FC mendapat peluang terbaik mereka pada minit ke-74 selepas Hafiz Ramdan menendang kencang bola ke gawang Pahang dari luar kotak penalti namun ia sedikit tersasar ke sebelah kiri gol Pahang.
Pasukan tuan rumah sekali lagi tersentak apabila penyerang berbisa Pahang, Norshahrul Idlan Talaha merembat masuk bola ke gawang PKNP FC selepas berlaku kekecohan di hadapan gol pada minit ke-76.
PKNP FC mendapat gol saguhati pada minit ke-81 apabila pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri menghadiahkan sepakan penalti selepas pemain pertahanan Pahang menampan bola menggunakan tangan di dalam kotak penalti.
Pemain import PKNP FC, Franklin Anzite mudah menyempurnakan sepakan penalti tersebut.
Keputusan 1-2 tersebut kekal sehingga minit akhir perlawanan yang dihadiri kira-kira 3,000 penonton termasuk Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.
Dengan keputusan tersebut, Pahang mara ke peringkat akhir dengan agregat 3-2. #sumber
Demikianlah Artikel PKNP FC 'Rebah' Di Ipoh, Pahang Mara Ke Peringkat Akhir Piala FA
Sekianlah artikel PKNP FC 'Rebah' Di Ipoh, Pahang Mara Ke Peringkat Akhir Piala FA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKNP FC 'Rebah' Di Ipoh, Pahang Mara Ke Peringkat Akhir Piala FA dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pknp-fc-rebah-di-ipoh-pahang-mara-ke.html
0 Response to "PKNP FC 'Rebah' Di Ipoh, Pahang Mara Ke Peringkat Akhir Piala FA"
Catat Ulasan