Loading...

PKR Perlis Pula Putuskan Menolak Penyertaan Ismail Kassim !

Loading...
PKR Perlis Pula Putuskan Menolak Penyertaan Ismail Kassim ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Perlis Pula Putuskan Menolak Penyertaan Ismail Kassim !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Perlis Pula Putuskan Menolak Penyertaan Ismail Kassim !
link : PKR Perlis Pula Putuskan Menolak Penyertaan Ismail Kassim !

Baca juga


PKR Perlis Pula Putuskan Menolak Penyertaan Ismail Kassim !


KUALA LUMPUR: Keputusan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim menyertai PKR menerima tentangan keras parti itu di Perlis selepas permohonannya menyertai Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) ditolak kira-kira dua minggu lalu.

Pengerusi PKR Perlis, Mohammad Faisaol Abd Rahman berkata, Pakatan Harapan (HARAPAN) sepakat untuk tidak menerima mana-mana ADUN atau anggota parlimen Umno, khususnya adik kepada bekas menteri besar Perlis itu.

“Kita tidak mahu ada unsur cuci kaki dengan mengambil langkah masuk PKR. Sudah cukup negara ini dicemari dengan pelbagai salah laku sebelum ini.

“Hari ini Pakatan Harapan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir terpaksa berhempas pulas memulihkan negara dari kekotoran yang di tinggalkan BN.

“Kenapa baru sekarang nak keluar dari Umno? Sikap ini tidak ubah seperti membeli “insuran perlindungan diri,” kata Fisol dalam kenyataannya, hari ini.

Fisol pada masa sama turut mempersoalkan tindakan PKR Kedah menerima borang keahlian tersebut .

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Ismail dijangka menyertai PKR, hujung bulan ini selepas permohonannya untuk menyertai BERSATU ditolak.

Ismail yang sudah meninggalkan Umno hujung bulan lalu berkata beliau mempertimbangkan untuk menyertai PKR kerana acuan parti tersebut tidak seperti parti lamanya.

Difahamkan, Ismail memutuskan untuk menyertai PKR Kedah di bahagian Pokok Sena, namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada pucuk pimpinan PKR negeri dan pusat.

Pengerusi PKR Kedah Dr Azman Ismail mengesahkan pihaknya sudah menerima permohonan daripada Ismail, namun menegaskan keputusan hanya akan dibuat oleh biro politik parti itu.

“Saya boleh sahkah beliau sudah menghantar borang permohonan untuk menyertai PKR menerusi PKR bahagian Pokok Sena. Sama ada keputusan itu diterima atau tidak bergantung kepada keputusan biro politik PKR,” katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu sumber dalaman biro politik PKR memaklumkan pihaknya tidak menerima penyertaan Ismail kerana beliau mendapat mandat berbeza dari rakyat.

“Secara prinsipnya, kita tidak menerima orang seperti mereka (lompat) kerana mereka mendapat mandat berbeza (dari rakyat).

“Kita hormati mandat rakyat, dia tidak seharusnya diterima,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel PKR Perlis Pula Putuskan Menolak Penyertaan Ismail Kassim !

Sekianlah artikel PKR Perlis Pula Putuskan Menolak Penyertaan Ismail Kassim ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Perlis Pula Putuskan Menolak Penyertaan Ismail Kassim ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pkr-perlis-pula-putuskan-menolak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKR Perlis Pula Putuskan Menolak Penyertaan Ismail Kassim !"

Catat Ulasan

Loading...