Loading...

PM: Kuasa Bukan Untuk Kepentingan Peribadi Dan Kayakan Diri

Loading...
PM: Kuasa Bukan Untuk Kepentingan Peribadi Dan Kayakan Diri - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM: Kuasa Bukan Untuk Kepentingan Peribadi Dan Kayakan Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM: Kuasa Bukan Untuk Kepentingan Peribadi Dan Kayakan Diri
link : PM: Kuasa Bukan Untuk Kepentingan Peribadi Dan Kayakan Diri

Baca juga


PM: Kuasa Bukan Untuk Kepentingan Peribadi Dan Kayakan Diri


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan para pentadbir dan penjawat awam untuk tidak menggunakan kuasa yang diberi demi kepentingan peribadi, keluarga atau sahabat handai.

Berucap ketika perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Putra, beliau berkata penting untuk setiap penjawat awam mengamalkan nilai murni dalam menjalankan tugas mereka.

"Kuasa yang diberi bukan untuk kita raih kekayaan tetapi kuasa diberi untuk tujuan tertentu bagi mentadbirkan negara tercinta dengan sebaik mungkin dan kita punyai kebolehan yang diperlukan dengan nilai hidup yang mulia," katanya.

Namun, perdana menteri berkata kadang kala apabila mendapat peluang untuk membuat sesuatu untuk diri sendiri, ada pihak yang terpesong dan lupa akan tugas mereka.

"Kita tidak diberi kuasa di peringkat ini untuk mengkayakan diri kita tetapi supaya dapat jalankan tugas tertentu.

"Inilah sebabnya kita berkuasa, apabila sahaja kita menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, percayalah kita sendiri akan jadi mangsanya kemudian," katanya.

Mengambil contoh budaya dan nilai yang diamalkan di negara maju, Dr Mahathir berkata kebanyakan rakyat dan pentadbir mereka rajin bekerja, beramanah, tekun dan belajar menguasai ilmu.

"Mereka juga amal apa yang mereka pelajari dan amal nilai hidup yang mulia dan menjadikannya sebahagian budaya hidup," katanya.

Jelasnya ada negara yang kurang maju kerana rakyat dan khususnya pentadbir negara mereka tidak berpegang kepada nilai-nilai murni.

Menurut perdana menteri walaupun Malaysia tidak mampu menjadi negara maju menjelang 2020 seperti yang dicita-citakannya, namun negara masih mampu mencapai status tersebut kerana rakyat negara ini mempunyai kebolehan.

"Yang hanya diperlukan ialah keikhlasan, amanah, kerajinan, usaha dan utama sekali berpuas hati dengan hasil kerja bukan dengan apa yang kita dapat," katanya.

Jelas Dr Mahathir lagi, untuk mencapai matlamat negara maju juga tidak seharusnya bergantung semata-mata kepada doa atau sembahyang hajat.

"Kita telah berdoa pada tuhan tetapi doa juga perlu disusuli dengan tindakan dari kita... kalau hanya berdoa dan sembahyang hajat tetapi tidak buat apa-apa maka segala cita-cita kita tidak akan datang bergolek atau melayang kepada kita," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel PM: Kuasa Bukan Untuk Kepentingan Peribadi Dan Kayakan Diri

Sekianlah artikel PM: Kuasa Bukan Untuk Kepentingan Peribadi Dan Kayakan Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM: Kuasa Bukan Untuk Kepentingan Peribadi Dan Kayakan Diri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pm-kuasa-bukan-untuk-kepentingan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PM: Kuasa Bukan Untuk Kepentingan Peribadi Dan Kayakan Diri"

Catat Ulasan

Loading...