Loading...

PM Tak Puas Hati Kehadiran Menteri Dan Timbalan Di Parlimen

Loading...
PM Tak Puas Hati Kehadiran Menteri Dan Timbalan Di Parlimen - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM Tak Puas Hati Kehadiran Menteri Dan Timbalan Di Parlimen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM Tak Puas Hati Kehadiran Menteri Dan Timbalan Di Parlimen
link : PM Tak Puas Hati Kehadiran Menteri Dan Timbalan Di Parlimen

Baca juga


PM Tak Puas Hati Kehadiran Menteri Dan Timbalan Di Parlimen


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan rasa tidak puas hati dengan prestasi kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri di Parlimen.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak bercadang menetapkan indeks prestasi utama (KPI) untuk mengukur prestasi Menteri dan Timbalan Menteri menjalankan tugas di Parlimen.

"Saya tidak pernah berpuas hati dengan semua perkara, namun menteri dan timbalan menteri perlu meningkatkan prestasi kehadiran mereka di Dewan Rakyat dan mereka perlu ada alasan yang kukuh untuk tidak hadir," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ditanya sama ada berpuas hati dengan tahap kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri di Parlimen bagi menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Berdasarkan aturan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanya soalan pertama kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai pinjaman mudah dari Jepun tetapi mengejutkan soalan itu di jawab Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan mengenakan KPI kerana beliau maklum bahawa Menteri dan Timbalan Menteri mempunyai tugasan lain yang perlu dilaksanakan.

"Sidang Dewan Rakyat ini berjalan hampir separuh hari dan untuk 20 hari persidangan ini sukar untuk mereka hadir dan berada di sini sepanjang hari... itu tidak praktikal.

"Kita perlukan mereka untuk tugasan lain juga," katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan diri beliau dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata beliau berusaha sebaik mungkin.

"Saya sudah cuba membahagikan masa sebaik mungkin untuk bekerja 24 jam sehari selagi mampu.

"Jika ada lebih masa hingga 36 jam sehari , saya harap dapat bekerja 36 jam sehari," katanya berseloroh.

Sementara itu, Guan Eng mengulas isu beliau tidak menjawab soalan pertama berkaitan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, katanya soalan itu sebenarnya ditanyakan kepada Perdana Menteri untuk dijawab.

"Jadi saya rasa, sikap akauntabaliti beliau itu haruslah dipuji," katanya ringkas. #sumber


Demikianlah Artikel PM Tak Puas Hati Kehadiran Menteri Dan Timbalan Di Parlimen

Sekianlah artikel PM Tak Puas Hati Kehadiran Menteri Dan Timbalan Di Parlimen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PM Tak Puas Hati Kehadiran Menteri Dan Timbalan Di Parlimen dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/pm-tak-puas-hati-kehadiran-menteri-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PM Tak Puas Hati Kehadiran Menteri Dan Timbalan Di Parlimen"

Catat Ulasan

Loading...