Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, proses yang dilakukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul itu dibuat susulan laporan polis oleh pihak Najib. 
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut butiran laporan berkenaan.
"Pasukan polis yang dilihat pergi ke rumah Najib hari ini adalah dari JSJ Sentul dengan tujuan untuk merakam percakapan pembantu rumahnya berkaitan laporan polis yang dibuat oleh pihak Najib," katanya ringkas kepada pemberita.
Terdahulu, media tempatan melaporkan beberapa pegawai dan anggota polis dilihat masuk ke kediaman bekas Perdana Menteri itu pada kira-kira pukul 12 tengah hari. #sumber