Loading...
Judul : Polis Buka Kertas Siasatan Mengesan Lelaki Hina Nabi, Islam !
link : Polis Buka Kertas Siasatan Mengesan Lelaki Hina Nabi, Islam !
Polis Buka Kertas Siasatan Mengesan Lelaki Hina Nabi, Islam !
IPOH: Polis membuka kertas siasatan bagi mengesan seorang lelaki dipercayai memuat naik status pada laman media sosial yang menyentuh sensitiviti agama Islam, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, ia susulan laporan oleh seorang guru lelaki berusia 35 tahun di Balai Polis Jelapang, hari ini berhubung tindakan suspek memuat naik status berkenaan di Facebook, dua hari lalu.
Katanya, kejadian disedari pengadu pada jam 6.15 pagi Sabtu lalu menerusi pemilik akaun yang menggunakan nama Balan Billai.
Mohd Ali berkata, berdasarkan kenyataan yang ditulis pemilik akaun berkenaan, suspek menulis perkara yang mencerca dan menghina Nabi Muhammad serta umat Islam.
"Berikutan itu, pengadu bersama ahli badan bukan kerajaan (NGO) merasakan status berkenaan mencetuskan ketegangan agama dan ketidakharmonian masyarakat.
"Bagaimanapun, status berkenaan dipercayai sudah dipadam, namun dikongsi oleh kira-kira 2,300 pengguna laman sosial.
"Susulan kejadian itu, pengadu membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
"Hasil rakaman percakapan guru berkenaan mendapati dia tidak mengenali suspek dan membuat laporan berdasarkan alasan tanggungjawab terhadap agama.
"Pengadu juga tidak mengetahui tarikh status kenyataan itu dimuat naik dan hasil semakan mendapati kenyataan dalam laman sosial itu telah tiada, dipercayai dipadam oleh suspek," katanya.
Beliau berkata, siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. #sumber
Demikianlah Artikel Polis Buka Kertas Siasatan Mengesan Lelaki Hina Nabi, Islam !
Sekianlah artikel Polis Buka Kertas Siasatan Mengesan Lelaki Hina Nabi, Islam ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis Buka Kertas Siasatan Mengesan Lelaki Hina Nabi, Islam ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/polis-buka-kertas-siasatan-mengesan.html
0 Response to "Polis Buka Kertas Siasatan Mengesan Lelaki Hina Nabi, Islam !"
Catat Ulasan