Loading...

Polis: Penipuan Macau Scam Catatkan Kerugian RM3.02 Juta !

Loading...
Polis: Penipuan Macau Scam Catatkan Kerugian RM3.02 Juta ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis: Penipuan Macau Scam Catatkan Kerugian RM3.02 Juta !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis: Penipuan Macau Scam Catatkan Kerugian RM3.02 Juta !
link : Polis: Penipuan Macau Scam Catatkan Kerugian RM3.02 Juta !

Baca juga


Polis: Penipuan Macau Scam Catatkan Kerugian RM3.02 Juta !


KUANTAN: Polis Pahang mencatatkan sebanyak 71 kes Macau Scam membabitkan kerugian RM3.02 juta di negeri ini dari Januari hingga April lalu tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Yusof berkata, sehingga kini empat suspek dihadapkan ke mahkamah.

Menurutnya, modus operandi Macau Scam yang memperdayakan mangsa kononnya terlibat dengan jenayah membuatkan mangsa panik dan hingga mengeluarkan simpanan untuk dimasukkan ke dalam akaun sindiket.

“Jika dilihat punca mangsa bertindak demikian kerana takut dan panik kerana suspek menyamar menjadi penguatkuasa dan memberitahu mangsa terlibat jenayah. Antaranya penggubahan wang haram, dadah, penipuan kad kredit dan trafik sebelum diugut akan menahan dan menangkap mangsa.

“Suspek akan mengarahkan mangsa memindahkan wang dari akaun mangsa ke akaun suspek kononnya bagi pihak bank menjalankan siasatan. Selepas wang dipindahkan suspek terus menghilangkan diri,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Mohd Wazir berkata, kebanyakan kes sindiket ini akan menyamar sebagai polis, pegawai bank, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kastam.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai yang menerima panggilan sebegitu usah panik dan diminta merujuk ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan kesahihan.

“Usah mudah terpedaya dengan ugutan siber dan talian. Kerana pihak polis tidak pernah berurusan dengan orang awam menerusi panggilan telefon sehingga menghendaki orang ramai membuat bayaran,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Polis: Penipuan Macau Scam Catatkan Kerugian RM3.02 Juta !

Sekianlah artikel Polis: Penipuan Macau Scam Catatkan Kerugian RM3.02 Juta ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis: Penipuan Macau Scam Catatkan Kerugian RM3.02 Juta ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/polis-penipuan-macau-scam-catatkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis: Penipuan Macau Scam Catatkan Kerugian RM3.02 Juta !"

Catat Ulasan

Loading...