Loading...

Polis: Wanita Kerugian RM127,000 Di Tipu Dek Kawan Sendiri !

Loading...
Polis: Wanita Kerugian RM127,000 Di Tipu Dek Kawan Sendiri ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis: Wanita Kerugian RM127,000 Di Tipu Dek Kawan Sendiri !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis: Wanita Kerugian RM127,000 Di Tipu Dek Kawan Sendiri !
link : Polis: Wanita Kerugian RM127,000 Di Tipu Dek Kawan Sendiri !

Baca juga


Polis: Wanita Kerugian RM127,000 Di Tipu Dek Kawan Sendiri !


BENTONG: Seorang wanita kerugian RM127,000 selepas ditipu kawannya sendiri yang membuat pinjaman wang daripada mangsa untuk tujuan pelaburan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof (foto), berkata kejadian bermula pada 25 April lalu apabila mangsa berusia 30 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek  yang meminta untuk  membuat pinjaman wang sebanyak RM2,000.

"Mangsa yang mempercayai rakannya itu kemudian terus ke sebuah bank di sini dan memasukkan RM2,000 ke satu akaun yang diberikan oleh suspek. Suspek mendakwa akaun itu adalah milik rakan perniagaannya.

"Semenjak itu, suspek sering menghubungi dan menghantar mesej kepada mangsa untuk meminta duit dan mangsa akan masukkan duit yang diminta ke dalam akaun yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa membuat sebanyak 14 transaksi ke dalam tiga akaun berbeza yang diberikan oleh suspek sehingga 25 Julai lalu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM127,000.

"Bagaimanapun, ketika mangsa meminta suspek supaya membayar balik wang yang dipinjam berkenaan, dia memberi pelbagai alasan dan meminta tempoh masa untuk menyelesaikannya.

"Jumaat lalu, mangsa menerima mesej daripada suspek meminta memasukkan wang sebanyak RM40,000 dan jika tidak berbuat demikian, lelaki itu akan melakukan sesuatu ke atasnya," katanya.

Mohd Wazir berkata, bimbang terjadi ke atas dirinya dan berasa dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, pada Isnin.

"Kita kini sedang memburu suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Polis: Wanita Kerugian RM127,000 Di Tipu Dek Kawan Sendiri !

Sekianlah artikel Polis: Wanita Kerugian RM127,000 Di Tipu Dek Kawan Sendiri ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis: Wanita Kerugian RM127,000 Di Tipu Dek Kawan Sendiri ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/polis-wanita-kerugian-rm127000-di-tipu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis: Wanita Kerugian RM127,000 Di Tipu Dek Kawan Sendiri !"

Catat Ulasan

Loading...