Loading...

Presiden PKR: Ujian Besar Penyokong Jika Anwar Bertanding !

Loading...
Presiden PKR: Ujian Besar Penyokong Jika Anwar Bertanding ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Presiden PKR: Ujian Besar Penyokong Jika Anwar Bertanding !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Presiden PKR: Ujian Besar Penyokong Jika Anwar Bertanding !
link : Presiden PKR: Ujian Besar Penyokong Jika Anwar Bertanding !

Baca juga


Presiden PKR: Ujian Besar Penyokong Jika Anwar Bertanding !


SHAH ALAM - Cadangan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding merebut jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti kali ini diandaikan sebagai menguji pendirian penyokong.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, cadangan yang diusulkan oleh  Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Dr Afif Bahardin yang meminta Ketua Umum PKR itu berentap merebut kerusi presiden untuk menilai sokongan daripada penyokong Presiden terkini, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Timbalannya, Datuk seri Mohamed Azmin Ali dan juga penyokong Anwar sendiri.

Katanya, motif cadangan ini ialah mencari jawapan di sebalik penyokong PKR, sama ada mereka benar-benar bersedia untuk mengangkat Anwar selaku Presiden PKR dan juga Perdana Menteri menunggu.

“Cadangan untuk Anwar berentap merebut jawatan Presiden PKR ini mungkin kita boleh lihat sebagai satu langkah untuk menguji sama ada Anwar berminat ataupun tidak.

“Satu lagi kemungkinan usul ini mungkin juga untuk menguji kecenderungan penyokong Azmin dan Wan Azizah, sama ada mahu mereka menyatakan sokongan terhadap Anwar atau sebaliknya. Ini termasuk juga pendirian Azmin sendiri terhadap Anwar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Sivamurugan, tahap sekarang ini beliau merasakan masing-masing mungkin mencari jawapan di sebalik kecenderungan penyokong, yakni kesediaan untuk mengangkat Anwar sama ada ia datang daripada penyokong Anwar sendiri ataupun ia termasuk daripada penyokong Wan Azizah dan juga Azmin.

“Pencalonan Anwar selaku presiden parti mungkin juga sebagai persiapan untuk beliau menjadi perdana menteri. Kerana Anwar mungkin dirasakan perlu memegang jawatan yang penting dalam parti bukan sekadar sebagai penasihat seperti sekarang ini.

“Katakanlah beliau dinamakan sebagai bakal perdana menteri dalam tempoh dua tahun, jadi  mungkin jawatan presiden itu sesuai. Tetapi pada waktu yang sama, kita juga harus melihat bahawa Wan Azizah adalah Timbalan Perdana Menteri sekarang, bermakna jawatan itu juga dirasakan sesuai dengan apa yang beliau sandang ketika ini,” jelasnya.

Beliau bagaimanapun, berpendapat cadangan ini terpulang kepada ahli-ahli PKR sendiri sama ada merasakan sudah tiba masa Anwar mengambil alih parti kerana sama ini beliau tidak pernah menjadi Presiden PKR sejak penubuhan hanya menjadi penasihat.

“Tetapi untuk Anwar dan Wan Azizah mungkin kedua-duanya boleh berkompromi tetapi pada waktu yang sama harus dilihat kedudukan Azmin.

“Kerana dalam pemilihan sebelum ini, sebelum PRU13 Azmin bercadang untuk bertanding presiden tetapi wujud satu kekeliruan ketika itu di mana ketika itu Anwar juga telah menghantar borang pencalonan seperti Wan Azizah namun kemudian Anwar menarik diri. Jadi, waktu itu kita melihat Azmin juga berminat.

“Maka sekiranya Azmin juga masuk dalam perebutan ini, akan wujud tiga individu berbeza.  Mungkin itu yang dimahukan dalam PKR, saya tidak tahu,” kata Sivamurugan.

Tambahnya, barangkali akhirnya akan ada yang berkompromi untuk mengelakkan perpecahan kem-kem pemimpin dalam parti, termasuk isu bersifat status quo, kerana itu juga boleh berlaku.

Sebelum ini, Dr Afif mencadangkan Anwar bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan parti kali ini.

Katanya, beliau percayai semua anggota PKR akan memberi sokongan penuh kepada Anwar jika bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu bertanding sebagai presiden parti.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan, parti itu tidak membuat sebarang ketetapan ketika ini berhubung cadangan supaya jawatan presiden parti ditandingi oleh Ketua Umumnya. #sumber


Demikianlah Artikel Presiden PKR: Ujian Besar Penyokong Jika Anwar Bertanding !

Sekianlah artikel Presiden PKR: Ujian Besar Penyokong Jika Anwar Bertanding ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Presiden PKR: Ujian Besar Penyokong Jika Anwar Bertanding ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/presiden-pkr-ujian-besar-penyokong-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Presiden PKR: Ujian Besar Penyokong Jika Anwar Bertanding !"

Catat Ulasan

Loading...