Loading...

Presiden PKR, Wan Azizah Dijangka Beri Laluan Kepada Anwar

Loading...
Presiden PKR, Wan Azizah Dijangka Beri Laluan Kepada Anwar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Presiden PKR, Wan Azizah Dijangka Beri Laluan Kepada Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Presiden PKR, Wan Azizah Dijangka Beri Laluan Kepada Anwar
link : Presiden PKR, Wan Azizah Dijangka Beri Laluan Kepada Anwar

Baca juga


Presiden PKR, Wan Azizah Dijangka Beri Laluan Kepada Anwar


KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dijangka memberi laluan mudah kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika masing-masing menerima pencalonan bagi jawatan tertinggi pada pemilihan parti itu, Ogos ini.

Penganalisis politik, Dr Ainul Adzellie Hasnul, berkata Dr Wan Azizah dilihat sanggup berundur jika Anwar mahu kembali aktif sebagai ahli politik yang memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen.

"Memang wujud dua kem dalam pemilihan PKR iaitu kem yang menyokong Dr Wan Azizah dan satu lagi kem yang menyokong Anwar, namun dibelakang kem yang menyokong Anwar adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Sekiranya Anwar berhasrat bertanding jawatan presiden, isterinya akan memberi laluan mudah dan Anwar dijangka mengosongkan jawatan Ketua Umum parti itu.

"Jika ini berlaku, tidak akan ada pertandingan presiden dan Anwar akan menang tanpa bertanding," katanya.

Ainul Adzellie berkata, sekiranya Anwar bertanding jawatan presiden, Azmin pula dijangka mempertahankan jawatannya sebagai timbalan dan kemungkinan Rafizi Ramli akan mencabar jawatan nombor dua, jika Naib Presiden PKR itu dilantik sebagai Senator.

Beliau turut menjangkakan akan berlaku persaingan sengit bagi merebut jawatan naib presiden.

Sementara itu, pakar geostrategis, Azmi Hassan, berkata kewujudan dua kumpulan itu bukan sahaja memanaskan pemilihan parti terbabit, malah akan menentukan kem mana yang akan menguasai Kerajaan Persekutuan.

"Jika diandaikan Anwar kekal sebagai Ketua Umum dan Dr Wan Azizah sebagai presiden secara tanpa bertanding, perebutan jawatan lain adalah manifestasi pertembungan proksi di antara dua kem ini.

"Pemilihan dijangka sengit kerana kedua-dua kem pasti mahu penyokong mereka dapat memegang jawatan lain dalam parti. Ini bukan sahaja akan menentukan penguasaan parti tetapi juga penguasaan Kerajaan Persekutuan dan negeri," katanya.

BH hari ini melaporkan PKR dilanda dilema menjelang pemilihan parti itu apabila wujud dua kumpulan yang menyokong pencalonan jawatan presiden.

Satu pihak mahu Dr Wan Azizah dikekalkan sebagai presiden parti, manakala satu lagi mahu beliau berundur dan memberi laluan kepada Anwar sebagai persediaan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. #sumber


Demikianlah Artikel Presiden PKR, Wan Azizah Dijangka Beri Laluan Kepada Anwar

Sekianlah artikel Presiden PKR, Wan Azizah Dijangka Beri Laluan Kepada Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Presiden PKR, Wan Azizah Dijangka Beri Laluan Kepada Anwar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/presiden-pkr-wan-azizah-dijangka-beri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Presiden PKR, Wan Azizah Dijangka Beri Laluan Kepada Anwar"

Catat Ulasan

Loading...