Loading...

Radhi Mat Din Sokong Pemilihan Mukhriz Untuk Terajui KFA !

Loading...
Radhi Mat Din Sokong Pemilihan Mukhriz Untuk Terajui KFA ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Radhi Mat Din Sokong Pemilihan Mukhriz Untuk Terajui KFA !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Radhi Mat Din Sokong Pemilihan Mukhriz Untuk Terajui KFA !
link : Radhi Mat Din Sokong Pemilihan Mukhriz Untuk Terajui KFA !

Baca juga


Radhi Mat Din Sokong Pemilihan Mukhriz Untuk Terajui KFA !


KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Radhi Mat Din menyokong pemilihan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai presiden baharu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) walaupun didakwa melanggar janji manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu.

Radhi yang merupakan calon PAS bagi Parlimen Pokok Sena pada PRU14  lalu berkata, Mukhriz adalah tokoh paling layak untuk menerajui KFA kerana yakin Menteri Besar itu mampu melonjakkan bola sepak Kedah ke tahap lebih tinggi.

"Memang daripada sudut moral politik, Datuk Mukhriz dilihat telah memungkiri janji partinya sendiri tapi dalam isu ini kita perlu keluar dari kepompong politik sebaliknya melihat daripada skup lebih luas.

"Kita tolak ke tepi soal fahaman politik sebaliknya berbincang secara ikhlas mengenai bola sepak. Saya bercakap atas kapasiti sebagai bekas pemain, peminat bola sepak dan rakyat, bukan atas nama parti politik yang saya wakili.

"Walaupun fahaman politik kami berbeza, tapi dalam soal bola sepak, saya menyokong pemilihan Datuk Mukhriz dan melihat pemilihan itu sangat tepat bersandarkan ketokohan serta kedudukan beliau sekarang," kata Radhi.

"Secara jujur, kita perlu akur bahawa bola sepak Malaysia masih memerlukan penglibatan orang politik terutama individu yang mempunyai kuasa dan pengaruh. Sistem ini sudah berakar umbi sejak sekian lama dan sukar diubah serta masih relevan. 

"Sebagai MB, Datuk Mukhriz boleh menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan dana sama ada melalui kerajaan negeri mahupun penajaan kerana kewangan adalah 'nyawa' sesebuah persatuan.

"Malah, dalam soal lain sekalipun, pembabitan MB akan menjadi pemudah cara serta melancarkan perjalanan persatuan dan pasukan bola sepak negeri.

"Lebih daripada itu beliau memang memiliki ketokohan untuk memimpin KFA serta mempunyai minat dan komitmen yang tinggi. Saya yakin beliau dapat memacu kemajuan bola sepak Kedah ke tahap lebih tinggi."

Mukhriz memenangi jawatan presiden bagi penggal 2018-2022 tanpa bertanding pada Kongres KFA ke-43, kelmarin bagi menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang meletak jawatan selepas PRU14 lalu.

Walau bagaimanapun pemilihan Mukhriz itu kini dijadikan modal politik oleh seterunya terutama UMNO yang menganggap beliau melanggar janji yang terkandung dalam manifesto PH negeri pada pilihanraya lalu.

PH negeri dalam manifestonya menyatakan untuk menilai semula pembabitan ahli politik dalam KFA yang memberi fahaman bahawa badan induk bola sepak negeri itu tidak akan diterajui oleh orang politik sebagaimana kebiasaannya. #sumber


Demikianlah Artikel Radhi Mat Din Sokong Pemilihan Mukhriz Untuk Terajui KFA !

Sekianlah artikel Radhi Mat Din Sokong Pemilihan Mukhriz Untuk Terajui KFA ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Radhi Mat Din Sokong Pemilihan Mukhriz Untuk Terajui KFA ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/radhi-mat-din-sokong-pemilihan-mukhriz.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Radhi Mat Din Sokong Pemilihan Mukhriz Untuk Terajui KFA !"

Catat Ulasan

Loading...