Loading...

Rafizi Ramli "BERTEKAK" dengan Penyokong PH

Loading...
Rafizi Ramli "BERTEKAK" dengan Penyokong PH - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi Ramli "BERTEKAK" dengan Penyokong PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi Ramli "BERTEKAK" dengan Penyokong PH
link : Rafizi Ramli "BERTEKAK" dengan Penyokong PH

Baca juga


Rafizi Ramli "BERTEKAK" dengan Penyokong PH


AKIBAT kritis terhadap kerajaan kebelakangan ini, akaun Twitter Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli ‘diserang’ penyokong parti itu.
Malah, ia mencetus ‘perang dingin’ bekas Pengarah Strategi PKR itu dengan penyokong terbabit di laman sosial itu apabila beliau membalas komen tertentu yang disifatkan keterlaluan dan beremosi.
“Banyak penyokong PH berketurunan Cina dan India memaki saya di media sosial kerana tidak suka dengan beberapa pandangan saya akhir-akhir ini.
“Banyak juga yang suruh saya masuk UMNO, seolah-olah PH itu milik mereka. Emosi begini sangat keterlaluan dan PH tidak perlukan sokongan beremosi begini,” katanya menerusi Twitter.
Memberikan beberapa contoh kenyataan berkaitan, beliau juga mendakwa penyokong terbabit hanya menghentam tanpa terlebih dulu meneliti konteks kenyataannya dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
“Ada dua ‘Tweet’ la. Satu bahasa Melayu satu bahasa Inggeris. Dia terasa, cepat-cepat nak hentam tapi tuduh saya edit ‘post’ dalam bahasa Melayu yang dia baca.
“Sekarang dia baca yang Inggeris, dia kata edit. Penyokong macam ni perlu disekolahkan,” katanya merujuk kepada komen @HerbWongMY bahawa beliau mengedit semula kenyataan awalnya.
Menjawab luahan Rafizi, seorang netizen, Rizal berkata, penyokong terbabit bimbang kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan itu akan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) lemah dan berpecah.
“Kebanyakan mereka ini takut pandangan Rafizi akan menyebabkan PH lemah dan berpecah dan menjadi modal pembangkang serang PH. Semua sayangkan PH,” katanya.
Peter Ng Chin Poh pula berpandangan Rafizi tidak sepatutnya memilih untuk ahli politik sekiranya takut dimaki “Kalau rakyat tak beremosi, tiada kerajaan PHlah. Kan YB (Rafizi) dulu pun suruh rakyat beremosi lawan UMNO/BN,” katanya.


Demikianlah Artikel Rafizi Ramli "BERTEKAK" dengan Penyokong PH

Sekianlah artikel Rafizi Ramli "BERTEKAK" dengan Penyokong PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi Ramli "BERTEKAK" dengan Penyokong PH dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/rafizi-ramli-bertekak-dengan-penyokong.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rafizi Ramli "BERTEKAK" dengan Penyokong PH"

Catat Ulasan

Loading...