Loading...
Judul : Ramkarpal: Jangan Berikan Jaminan, Jika Tidak Jamal Lari Lagi
link : Ramkarpal: Jangan Berikan Jaminan, Jika Tidak Jamal Lari Lagi
Ramkarpal: Jangan Berikan Jaminan, Jika Tidak Jamal Lari Lagi
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh hari ini, berkata Datuk Seri Jamal Yunos yang ditahan di Indonesia, tidak patut diberi jaminan sekiranya beliau didakwa.
Dalam mengalu-alukan berita Jamal dibawa pulang ke Malaysia dari Indonesia, Ramkarpal berkata: “Dalam keadaan yang sangat mungkin Jamal dituduh di mahkamah atas kesalahan yang dilakukan olehnya sebelum ini, diharap pihak pendakwaan benar-benar membantah pemberian jaminan kepadanya kerana ia jelas dari tindakan baru-baru ini yang dia menunjukkan kecenderungan untuk melarikan diri yang mesti dielakkan dalam apa cara sekalipun.”
Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu disiasat sekurang-kurangnya 6 kesalahan. Beliau hilang dari wadnya di Hospital Pakar Ampang Puteri di mana beliau sedang mendapatkan rawatan pada 25 Mei. Polis melancarkan pencarian dan kemudian berkata beliau berada di Indonesia.
Jamal ditahan polis Indonesia ketika sedang menggunting rambut di Jakarta selatan, Isnin lalu.
Beliau tiba di kompleks mahkamah kira-kira jam 4.00 petang dan dijangka didakwa melarikan diri dari tahanan polis.
Ramkarpal berkata ketika melarikan diri ke Indonesia bagi mengelak daripada ditahan dan berbohong mengenainya dengan mendakwa berada di Malaysia, Jamal menunjukkan beliau “tidak mengendahkan undang-undang dan jelas tidak ada keraguan terhadap penahanannya oleh pihak berkuasa”.
Beliau berkata dalam satu kenyataan bahawa pemberian jaminan adalah atas budi bicara mahkamah dan ia boleh memilih untuk menahan pasport Jamal sebagai syarat jika ia diberikan jaminan. Bagaimanapun, Ramkarpal menegaskan “kemungkinan dia melarikan diri untuk mengelakkan pendakwaan tidak boleh dikecualikan”.
Beliau berharap mahkamah akan mengambil perhatian terhadap perkara itu dan menafikan jaminan kepada Jamal.
Jamal dikawal beberapa anggota polis selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.15 petang hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Ramkarpal: Jangan Berikan Jaminan, Jika Tidak Jamal Lari Lagi
Sekianlah artikel Ramkarpal: Jangan Berikan Jaminan, Jika Tidak Jamal Lari Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ramkarpal: Jangan Berikan Jaminan, Jika Tidak Jamal Lari Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/07/ramkarpal-jangan-berikan-jaminan-jika.html
0 Response to "Ramkarpal: Jangan Berikan Jaminan, Jika Tidak Jamal Lari Lagi"
Catat Ulasan